Salam semua, dah minum petang?..juadah kali ni ringkas je..kentang goreng cicah dengan sos cili..2 hari lepas, cik abang beli kentang kat tesco..mak oi..banyak sangat..2 kg tu..ha..sapa nak jawab..last last anak kata nak makan kentang goreng..apalagi kupas kentang la saya..kentang yang ranggup bila dimakan memang sedap layan..jadinya saya pun ikut la tips dari majalah rasa (karangkraf).. jom kita layan
Bahan-bahan: Kentang - kupas, bersihkan dan potong nipis sedikit garam minyak untuk menggoreng Cara-cara: Kentang yang telah dipotong direndam dalam air sejuk selama setengah jam. Toskan. Panaskan kuali dan gorengkan kentang. Semasa nak dihidang, bolehlah taburkan sedikit garam sebagai perasa.
Selamat malam sis....
ReplyDeleteSimple & sedap kan???like this : )