Friday, March 29, 2013

Roti Canai

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah masih diberikan Allah kesempatan bernafas atas muka bumi ni. Terima kasih ya Allah atas segalanya.

Minggu cuti  persekolahan pun dah nak sampai ke penghujungnya. Jalanraya pun akan kembali sibuk seperti sebelumnya. Bagi yang bekerja ataupun yang menghantar anak ke sekolah, jangan lupa untuk keluar awal. 

Berbalik pada masakan, pagi ni saya menyediakan sarapan yang biasa-biasa saja. Sebenarnya, doh ni saya sediakan malam semalam. Pagi ni cuma tebar je la. Roti canai memang kesukaan anak. Dia seorang boleh habiskan 2 keping roti. Tapi dia hanya nak suka cicah dengan kuah dhal dan susu pekat. Kadang tu saya kawal sikit pemakanan nya. Budak-budak kan suka makan benda yang manis-manis ni. Iya lah semua benda kalau ambik berlebihan membawa keburukan. Jadi baik kita berjaga sebelum terkena.

Resepi roti canai ni dari blog kurniaanmu. Saya mohon kongsikan resepi kat sini. Kalau nak tengok resepi asalnya SINI. Dah cuba  banyak resepi roti canai, tapi yang ni, memang terbaik lah. Terima kasih Ijayuji. Saya copy paste je ye.



Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega 
1-1/2 cawan air - guna 3/4 cawan
secukup garam -  saya letak 1/2 sudu teh


Cara-cara:

  1. Air + garam + susu = dikacau = Bahan A
  2. Bahan A dicampur sedikit demi sedikit dengan tepung(uli secara manual). Kalau guna mesin, campurkan kesemuanya.
  3. Masukkan minyak masak.
  4. Masukkan marjerin.
  5. Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh siap, tutupkan dengan kain lembap dan rehatkan selama 30 minit.
  6. Bulatkan doh kecil-kecil dalam 75gm-90gm setiap satu ( adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai.
  7. Kemudian saluti dengan marjerin untuk mengelakkan ia dari melekat.
  8. Tinggalkan selama 2 jam (saya tinggalkan semalaman).
  9. Keluarkan doh dan mulakan menebar roti. Bentuk ikut suka segi empat ataupun pusing/sanggul.
  10. Panaskan atas api kecil. Selepas roti dah siap, tepukkan dengan kedua belah tangan. 
  11. Siap.Hidangkan. Kuah ikut suka.



Petua untuk buat roti canai:
untuk menjadikan roti canai itu LIAT - bubuh minyak
untuk menjadikan roti canai itu CRISPY - bubuh gula atau tambah susu pekat manis
untuk menjadikan roti canai itu lembut hingga ke petang - uli dengan air sejuk/ais.


Terima kasih ijayuji mengetengahkan resepi ni. Tak lupa juga kepada tuan punya resepi NICEGHOST FNR dan sumber Hana Hana's Family. Tak rugi mencuba. Gua cakap sama lu, berbaloi-baloi. Tak tipu punya. Betul. Terbaik. Hehe.


Selamat Mencuba.




Wednesday, March 27, 2013

Salad Sayuran

Assalamulaikum,

Salam sejahtera semua. Dah fikirkan menu apa untuk makan malam?. Kalau belum, apakata cuba hidangan sampingan ni, salad sayuran. Salad ni tak begitu berat dan rasanya pun segar. 




Bahan-bahan:
1 biji tomato ranum - potong nipis
1 labu bawang merah - hiris halus
1 labu bawang besar - hiris halus
1 batang lobak merah - potong kiub - rebus dan toskan
broccoli - potong kecil - celur dan toskan
1 sudu besar jus lemon - ambil jus 
5 biji bebola ayam/daging - potong dua - rebus dan toskan
garam/tumix, lada hitam

Cara-cara:
Gaulkan kesemua bahan.
Tambahkan garam dan lada hitam.
Akhir sekali, tuangkan jus lemon.
gaul sekali lagi. Sebatikan. Hidangkan.

Sesekali merasa hidangan macam ni, bagus untuk kesihatan. Boleh kurangkan lemak badan gitu.hehe.

Selamat Mencuba.







Dim Sum Halal

Assalamualaikum,

Di rabu yang mendung berangin ni, buatkan saya rasa mengantuk je sepanjang hari. Cuaca yang macam ni memang kena duduk dalam rumah je la. Sambil-sambil berehat kat rumah, boleh lah beraktiviti dengan anak-anak. Memandangkan cuti sekolah tinggal beberapa hari saja lagi, ajaklah anak-anak beriadah bersama. Boleh mengeratkan talian kekeluargaan disamping boleh bergembira bersama keluarga tercinta.

Hari ini, saya menyiarkan menu kukus je, dim sum ataupun siaomay. Dim Sum ni buat bersama anak pagi tadi. Selepas anak siapkan kerja sekolah, saya pun mengajak dia sediakan hidangan tengahari. Gambar kat bawah tu la hasil kerja kita anak-beranak. Memang tak kemas, tapi puas hati sebab buat sendiri kan. Walaupun dapur jadi hiruk-pikuk, tapi masa ni la kita dapat melihat perkembangan dan secara tak langsung memupuk anak kita berdikari.




Bagi resepi isi dim sum, saya ambik dari blog 1001resepi. Kalau nak tengok resepi asal boleh klik SINI. Blog kak ida banyak resepi menarik dan mudah difahami. Oh ya, mohon untuk kongsi resepi kat sini. Semoga kak ida terus maju dalam menyiarkan hasil seni memasak yang dapat dikongsikan bersama.

Bahan-bahan:   Isi ( filling )
1. 3-4 keping dada ayam - kisar lumat - saya guna daging kisar ramly
2. 4 keping cendawan kering -  tak de -  saya ganti dengan daun bawang - cincang halus
3. 1/2 cawan sengkuang - tak de - ganti dengan lobak merah - cincang halus
4. 3 sudu besar bread crumbs - saya guna 2 sudu besar
5. 2 sudu besar daun ketumbar - cincang halus
6. 1/2 sudu kecil garam 
7. 1/2 sudu kecil gula
8. sedikit lada hitam dan serbuk perasa.
9. kulit wantan

Cara-cara:
Panaskan periuk kukusan.
Dalam mangkuk yang besar, gaulkan kesemua bahan ( 1-8 ) hingga sebati. 
Setelah sebati, ambil kulit wantan cedokkan isi daging kedalamnya ( jangan isi penuh ).
Letakkan dim sum yang telah siap dan kukus selama 15 minit.
Dim Sum boleh dihidangkan dengan sos perencah dan kicap.



Bahan-bahan:   Jus Tembikai
4 potong tembikai - buang biji dan kulit - potong kecil2.
10 ketul ais kiub

Cara-cara:
Blenderkan tembikai yang dipotong kecil tadi bersama ais kiub.
Tuangkan dalam gelas hidangan. 
Dah siap. Boleh terus minum.


Saya sempat menyediakan jus tembikai yang ringkas dan berperisa original. Tak letak bahan tambahan dalam jus tembikai ni. Rasanya segar dan sememangnya nyaman sejuk turun kat tekak. 

Kalau nak buat buah-buahan lain pun boleh juga. Cuma pastikan kombinasinya ya. jangan sampai tercirit-birit pulak. Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera. Tuan badan lagi arif tentang badan sendiri kan?.ok jumpa di kesempatan lain.

Selamat Mencuba. 


Friday, March 15, 2013

Daging Goreng Kering

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua. Di hari yang ceria dan indah ini, ingin saya kongsikan menu hidangan makan malam kita semalam, daging goreng kering dan terung bakar. Suami lebih pada masakan kampung. Ini pun salah satu hidangan kegemarannya.

Resepi ni tengok kat blog Potret Kasih. Kalau nak tengok resepi asalnya klik SINI. Terima kasih Wana untuk resepi ni.

Hari tu tengok tv tentang masakan, hos ialah Chef Sabri Hassan. Sambil-sambil chef memasak tu, ada dikongsi bersama beberapa tips tentang makanan. Kata chef Sabri, penyediaan makanan tersangat lah penting, makanan baik adalah makanan yang disediakan dalam masa tiga jam. 


Jadi kalau nak merasa sesuatu hidangan yang enak dan segar, pastikan ia dipesan baru masak ( kat kedai ). Kalau kat rumah, ibu-ibu boleh  membajet masa untuk memasak hidangan. Dengan ini, keluarga kita akan mendapat hidangan yang terbaik sepanjang masa. Kredit to chef Sabri untuk info.



Bahan-bahan:
300gm daging lembu
1 labu bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang putih  - diketuk
2-3 hiris halia
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
5-6 tangkai cili padi - tak letak
Sedikit serbuk kunyit - saya letak sikit je ( anak tk suka bau kunyit )
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menggoreng
Air secukupnya

Cara-cara:
Daging dihiris nipis - bersihkan dan toskan.
Gaul daging dengan garam dan serbuk kunyit.
Dalam kuali, masukkan air dan masak daging hingga air kering (guna api sederhana).
Kalau daging belum empuk, tambahkan air dan biarkan seketika hingga daging lembut.
Bila daging dah empuk, masukkan 3 sudu minyak masak kedalam kuali berisi daging tadi.
Gorengkan daging seketika kemudian barulah dimasukkan bawang besar, bawang putih dan halia.
Kacau daging sehingga bawang layu, masukkan sos tiram, kicap manis dan lada sulah. Sebatikan.
Perasakan. Bila rasa dah sesuai, tutupkan api dan boleh lah dihidangkan.


Ni hidangan sampingan. Terung bakar.

bakar terung dengan api kecil

kupaskan kulit terung


 letakkan dalam pinggan hidangan


Terung kita makan cicah dengan budu je. Sedap. Aroma yang keluar dari terung bakar ni, memang mabeles la. Buat kita teringat kat kampung halaman.


Hidangan ringkas dan mudah disediakan. Kalau rindu masakan kampung, cubalah resepi ni. Hilang rindu dendam. 


Selamat Mencuba.

Thursday, March 14, 2013

Maggi Goreng Cheese

Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Sejuk cuaca pagi ni. Buat mata mengantuk je. Hari ni saya paparkan menu ringkas Maggi Goreng Cheese. Penggemar cheeses mesti suka kan? Masak maggi ni untuk anak. Habis je sepinggan, anak kata ibu esok buat lagi ya. Ha tu la penangan maggi. Tapi saya bagi anak makan maggi seminggu sekali je. Makan maggi banyak sebenarnya tak berapa elok untuk pertumbuhan kana-kanak. 

Resepi maggi goreng ni saya ambil dari rumah Cik Mat, yang sememangnya kaya dengan pelbagai hidangan moden dan tradisional. Saya ubahsuai sikit untuk menepati selera anak. Mohon izin untuk panjangkan resepi kat sini. Kalau nak tengok resepi asal klik SINI

Tengok gambar maggi goreng cik Mat terliur saya. Sebab tu la nak mencuba resepi ni. Cuma saya tak guna seafood. Anak alah pada makanan laut. Ganti dengan daging burger lembu Ramly. Pastikan Ramly baru beli. Iklan jap. Hehe 


Sumber: Cik Mat







Bahan-bahan:
1 bungkus maggi - perencah asingkan
1 keping daging burger lembu - goreng ( potong dadu ) dan ketepikan
1 batang rumpai laut yang telah dibersihkan dan digoreng kering - potong halus2. Ketepikan
2 biji bawang merah - hiris halus
1 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 camca sos tiram
1/2 sudu kecil sos ikan - tak letak - ganti dengan pati tumix
sedikit parutan cheese - tabur
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air


Cara-cara:

  1. Celurkan maggi hingga lembut. Kemudian angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan sos tiram, dan pati ayam tumix.
  3. Masukkan daging burger. Kacau dan masukkan sedikit air. Sebatikan.
  4. Akhir sekali, masukkan maggi dan gaul rata. Angkat dan hidangkan.
  5. Taburkan dengan parutan cheese dan gorengan rumpai laut.






Ikut suka nak letak bahan tabur atas maggi. Pentingnya boleh turun kat tekak kan. Sampai jumpa.


Selamat Mencuba. 

Sunday, February 24, 2013

Ayam Masak Oren

Salam Ahad semua. Selamat bercuti dihujung minggu. Cuaca pun agak cantik untuk aktiviti luar ni. Bagi yang beraktiviti luar selamat bergembira. Bagi yang beraktiviti macam saya, dalam rumah je, jom kita main masak-masak. Boleh hilangkan boring jap.hehe. Menu hari ni Orange Chicken. Resepi ni kita tengok kat blog storyofmylife. Pertama kali buat hidangan ni, dan rasanya boleh tahan la. Ala-ala lemon chicken gitu.

Inilah hasilnya..


Tak tau nak masak apa dengan buah oren ni, saya pun terus cari mr google. taip punya taip, keluar la banyak orange, oren, lemon, beribu ribu lemon..iklan promosi jap ye. hehe.  Banyaknya resepi. Tak tau nak pilih mana satu. Mata jatuh terpandang kat tulisan orange lemon chicken. Cepat je tangan ni mengklik. Tengok punya tengok bahan-bahan, boleh buat ni, bahan penting yang diperlukan ada kat dapur. Apalagi saya pun terus tekan "safe for offline reading". Jadilah menu makan tengahari. 

Kepada tuan punya resepi dan sumber(storyofmylife), maaf ye, saya gunakan sepenuhnya buah oren. Lemon  tak de. Kurang peminat kat rumah ni. hehe. Saya copy paste je. Izinkan saya kongsi resepi kat sini yer..


Sumber: story of my life


Bahan-bahan:

Bahan A
1 ketul dada ayam 
Maggie cukup rasa - saya guna tumix
Tepung jagung - untuk menyadur
Minyak untuk menggoreng

Bahan B
1 sudu kecil minyak masak
2 biji buah oren -ambil jusnya
1/2 biji lemon - ambil jusnya - x letak
3 sudu kecil gula perang - saya kurangkan kepada 2 sudu kecil
1 sudu madu - tak letak
Air secukupnya

Bahan C
1 1/2 sudu kecil butter
2 sudu kecil tepung gandum


Cara-cara:

  1. untuk bahan A - gaul ayam dengan serbuk tumix, celur dengan telur, salut dengan tepung jagung, goreng hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.
  2. untuk bahan B - panaskan minyak, masukkan jus perahan oren dan gaul rata. Tambahkan air dan gula. Biarkan mendidih sebentar.
  3. Sesuaikan rasa. Tutupkan api. Tapiskan jus untuk mendapat hasil jus yang jernih.
  4. untuk bahan C - Dalam periuk yang bersih, panaskan butter, masukkan tepung gandum, sambil tu kacau selalu supaya tidak berketul/bergentel.
  5. Tuangkan jus oren (yang telah ditapis ) dan hirisan dada ayam yang telah digoreng tadi kedalam periuk. Gaul rata hingga kuah menjadi pekat. Tutupkan api.
  6. Angkat dan hidangkan. Hiaskan dengan hirisan oren.




Menu ni boleh buat makan malam. Apalagi cubalah. Jangan tunggu lama-lama, nanti buah oren buruk. hehe. Selamat memasak. 










Tuesday, February 19, 2013

Sardin Masak Sempoi Bersama Terung

Salam semua. Dah makan tengahari? Kalau belum apakata cuba menu ni, sardin masak sempoi bersama terung. Terasa malas pulak nak buat kerja dengan cuaca sepoi-sepoi ni, mata pun sepoi juga. Kira sardin la jawaban kepada perutku yang tengah berbunyi ni. Resepi ni dari blog Azie Kitchen. Mohon izin share resepi kat sini yer..


 Jom kita cuci mata dengan gambar dulu ya.

             Saya pelbagaikan menu dengan menambahkan sayuran terung dalam sardin ni..



Sumber: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 tin sardin dalam tin - asingkan kuahnya.
1 biji terung - dipotong panjang ( belah empat )
1 biji tomato - dibelah empat
1 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang merah - hiris nipis
1/2 buah bawang besar - potong bulat
1 sudu teh cili kisar
1 biji cili hijau - belah dua ( buang biji )
1/2 gelas air
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Kemudian masukkan cili kisar. Goreng sampai cili kisar masak.
  3. Masukkan ikan sardin dan terung. Biar bergoreng dengan minyak. Biarkan seketika.
  4. Kemudian tuangkan air dan kuah sardin ke dalam kuali. Perasakan secukupnya.
  5. Akhir sekali, bubuh bawang besar dan cili hijau dan tutupkan api.
  6. Hidangan dah siap.




Ringkaskan? Jangan lupa mencuba.

Selamat Mencuba

Monday, February 18, 2013

PanCake

Salam semua..sarapan keluarga pagi tadi, cuma buat PanCake je...anak suka sangat makan PanCake..semalam lagi anak request nak makan PanCake, cuma baru pagi ni berkesempatan sediakan..resepi PanCake ni, saya skodeng kat blog CT Delima..resepi asalnya dari Chef Hajar..izinkan saya share kat sini yer.. menu ni ringkas dan cepat..kalau tak cukup masa atau bangun lewat, boleh lah sediakan menu ni..beberapa minit je dah boleh makan..hehe..




anak suka makan PanCake dengan gula aising..just tabur atasnya..




Sumber: CT Delima


Bahan-bahan:
3 sudu besar butter - boleh guna minyak jagung atau minyak masak
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula - tak letak
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - tak letak
secubit garam
gula aising - untuk tabur


Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan blend sebatikan - saya guna whisk je
  2. Biarkan adunan selama 10minit.
  3. Sambil tu, panaskan kuali non stick dengan api kecil. sapu sedikit mentega dan lap dengan paper towel. 
  4. Tuangkan sesudu adunan ditengah kuali non stick.
  5. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih ( berlubang2 ).
  6. Biarkan seketika, bolehlah diangkat.





Note: saya guna kuali bulat non stick..sebab tu hujung tepi PanCake ni nampak nipis je..seelok-eloknya guna    kuali leper non-stick.



Tak rugi mencuba..sssedap..puas hati...


Selamat Mencuba.





Sotong Udang Masak Merah Bersama Jambu Batu

Salam..tengahari ni saya menyediakan hidangan sotong masak merah bersama jambu batu...jambu batu?..betul la tu..tak silap baca..hari ni resepi datang nya dari blog cik Tom si gadis tomato..izinkan share resepi kat sini yer..


Jom kita menjamu mata dulu..sila kan..






Jambu batu ni saja nak bereksperimen..nak habiskan stok..hehe..resepi ni saya dah olah ikut citarasa orang kat rumah ni..berlaku penambahan bahan dalam menyediakan hidangan ni...mohon pemilik resepi halalkan yer..





Sumber: Cik Tom ( Gadis Tomato )


Bahan-bahan:
500gm sotong - bersihkan (buang tulang belakang), potong kecil dan tos
10 keping udang - bersihkan  (buang urat belakang) dan tos
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 labu bawang merah - tumbuk halus
1/2 labu bawang besar - potong bulat
3 sudu besar cili kisar
2 keping jambu batu - buang biji dan potong dadu
5 biji tomato ceri - tak letak
1 biji tomato segar - di hancurkan ( resepi asal tak letak)
garam masala
minyak untuk menumis


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk halus sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tomato segar(dihancurkan). Kacau hingga menjadi warna merah pekat.
  3. Masukkan sotong dan udang. Bubuh sedikit air dan kacau rata. Tutupkan kuali.
  4. Bila sotong, udang dah empuk, masukkan jambu batu dan bawang besar yang dihiris bulat. Gaul sebatikan.
  5. Perasakan secukup rasa.
  6. Tutupkan api. Bolehlah dihidang. 



Tips: Jangan masak terlalu lama, nanti udang/sotong jadi keras.


 Kalau nak tau rasa jambu batu tu..kena la cuba resepi ni.. 


Selamat Mencuba.

Sunday, February 17, 2013

Ayam Masak Hitam

Salam semua..apakhabar?...semoga semua sihat sejahtera hendaknya...amin..menu ni masak tengahari tadi..resepi kali ni skodeng kat blog sis Yana..izinkan saya share kat sini ye..





Ini kali pertama saya mencuba resepi ayam masak hitam..mulanya ragu-ragu juga nak cuba resepi ni.. takut bila ayam dah masak, orang kat rumah tak minat..ye la..warna hitam ni..bila tengok gerun la juga..hinggakan anak saya kata, ibu kenapa letak warna hitam..nanti pahit la ayam tu..tup..tup..ayam pun masak...jangan tak caya..orang pertama yang mencuba menu ni..anak saya..bila tanya sedap ke..dia pun jawab ..boleh lah..boleh lah..




Sumber : Yana
Original: Zai95@Myresepi
Tester : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com



Bahan-bahan: ( 4-5 orang )
5-6 ketul ayam - bersihkan
1 biji bawang besar - separuh bahagian ditumbuk, separuh bahagian dihiris
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 inci halia - tumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat masin
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
gula dan serbuk perasa
minyak untuk menumis
sedikit air


Cara-cara:
  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Goreng ayam hingga separuh masak.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar yang dihiris, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar yang dihiris. Bila agak garing, masukkan cili kisar, jintan manis, lada hitam, kicap manis dan kicap masin.
  4. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus tadi. Biarkan garing sedikit. Tunggu hingga terbit minyak.
  5. Masukkan sedikit air dan biar hingga mendidih. Kemudian bubuh garam, gula  dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Biarkan seketika hingga kuahnya menjadi agak pekat.
  7. Bila ayam dah lembut, tutupkan api. Hidangkan.



 Kengkawan kat luar sana tu..jangan lupa mencuba yer..


Resepi asal klik SINI..


Selamat Mencuba.

Thursday, January 24, 2013

Ayam Masak Beriani

Salam Maulidur Rasul...semoga semua sihat dan ceria sentiasa...hari ni nak kongsikan resepi ayam masak beriani, yang resepinya dari blog CT Delima..resepi asal dari Chef Hanieliza yang kemudiannya diolah oleh CT mengikut resepi dari Mat Gebu..




Terima kasih semua untuk resepi yang best ni..kategori makanan seimbang gak la..itu bagi saya la..ada kentang, ada ayam ada bahan rempah..serba-serbi kan..istimewanya lauk ni, ianya tidak menggunakan santan..best kan..eh, sembang banyak pulak saya ni..silalah menjamu mata..




Lauk Ayam Masak Beriani ni, kita makan dengan nasi putih dan acar je..CT pula dengan nasi ketumbarnya..





Sumber:  Che CT
Tester  : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 12 bahagian
4 sudu rempah beriani - jadikan pes
1 cawan yogurt
3 sudu besar tomato puree
3 biji kentang - potong kecil
3 biji tomato ranum - kisar dengan 2 cawan air
8 buah tomato ceri - tak de
3 biji cili merah - tak letak
3 biji cili hijau - pun tak letak
2 labu bawang besar - belah 4
1 tangkai daun ketumbar - hiris kasar
 garam secukup rasa


Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia


Bahan Tumis:
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
 minyak untuk menumis


Cara-cara:
Bersihkan ayam dan toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis semua rempah sekawan dan daun kari.
Masukkan bahan tumbuk (kisar), pes rempah beriani dan ayam. Kacau rata. Biarkan hingga naik minyak.
Masukkan tomato puree dan tomato kisar. Biarkan hingga ayam lembut.
Masukkan kentang dan yogurt. Masak sampai kuah pekat dan naik  minyak.
Masukkan tomato ceri, cili merah, cili hijau, bawang besar dan daun ketumbar. Perasakan secukupnya.
Bila ayam dah lembut (layu), tutupkan api. Hidangkan.


Bahan Acar:
1/2 labu bawang besar - hiris nipis panjang
1 cm halia - hiris nipis panjang
2 ulas bawang merah kecil - hiris nipis panjang
sedikit timun/lobak merah - hiris nipis panjang 
sedikit nenas / mangga - hiris nipis panjang
1 tangkai cili padi - hiris nipis serong
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
8 sudu makan cuka


Cara-cara:
Dalam mangkuk, tuangkan cuka, gula, dan garam. Kacau hingga semua bahan larut.
Masukkan bawang besar, bawang merah kecil, halia, timun/lobak merah, nenas/mangga dan cili padi.
Gaul rata. Hidangkan.





Resepi asak klik SINI


Selamat Mencuba.

Tuesday, January 22, 2013

Cheese Tart

Salam pagi selasa...di kesempatan ini, saya akan kongsikan resepi semalam yang di skodeng dari blog may.. storyofmylife..cheese tart..seronok jalan-jalan kat blog may ni...cuci mata..warna warni..macam-macam ada..saya mohon izin share resepi kat sini..makasih..




Sumber: may 
Tester  : ibuayah-loveofmylife-blogspot.com



Bahan-bahan:
Tart Shell (1/2 adunan)

Bahan A:
200gm mentega
100gm gula aising 
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan B:
1 biji telur

Bahan C:
420gm tepung - superfine
1 sudu makan susu tepung




Cara-caranya:
Pukul bahan A hingga lembut.
Masukkan Bahan B pukul hingga gebu dan berkrim.
Masukkan Bahan C gaul rata - gaul adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan licin.
Ambil sedikit doh, tekankan kedalam acuan tart (cucuk dasar tart shell dgn garpu).
Bakar dalam oven dengan suhu 170c selama 12-15minit.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum masukkan filling cream cheese.




Bahan Untuk Cream Cheese Filling:
250gm cream chess
20g butter
60g gula aising
100g fresh cream
1 biji telur
cheddar cheese secukupnya - topping



Cara-caranya:
Satukan cream cheese, butter dan gula - pukul hingga cream cheese lembut (ambil simpan sedikit utk sapu)
Masukkan telur pukul hingga sebati.
Masukkan fresh cream pukul hingga cream cheese agak pekat.
Sedia untuk digunakan.

Isikan cream cheese ke dalam tart shell..isi hingga penuh, tapi jangan terlalu penuh..nanti tertumpah..bakar pada suhu 160c selama 10-15minit (gunakan api bawah saja).

Setelah tart agak sejuk, sapukan cream cheese yang disimpan di awal proses membuat filling tadi, dan parutkan cheddar cheese diatasnya. Sejukkan beberapa jam sebelum dimakan.



beberapa cheese tart yang saya buat eksperimen rasa...ni cheese tart yang saya bubuh tiga titik nescafe pekat dan madu..sedap jugak..ada rasa tiramisu sikit..anak saya kata mabeles..terangkat telinga mendengarnya...terima kasih la pada may sumber ilham dan tak lupa pada nadz dan emma gemina...saya pun nak kata juga..mabeles...semoga teruskan mencipta resepi yang hebat..gempak..gitu..



Resepi asal klik SINI



Selamat Mencuba.

Saturday, January 19, 2013

chocolate swiss roll

Salam semua..semoga dalam keceriaan sentiasa..entri ni dah tiga dalam draft..tak sempat nak kemaskini..halangan demi halangan membataskan masa dan peluang untuk berada dihadapan komputer..chewahh..bermadah berhelah saya ye...berbalik pada entri saya kali ni, chocolate swiss roll adalah kek gulung pertama buatan tanganku...nampak gayanya tak berapa nak menjadi..dah cuba gulung sekemas yang mungkin, tapi tangan kayu ni tetap keras, menyebabkan kek gulung tak cantik kejadiannya...walaupun jadinya tak comel, rasa dan kelembutan kek ni cukup sempurna bagiku..terima kasih buat cik may sumber saya dapat ilham untuk swiss roll ni..juga yang empunya resepi cik emma gemina..izinkan saya berkongsi resepi kat sini..oh ya..saya ada tambahkan koko dalam resepi ni..terima kasih..



Sumber : cik may
Original : cik emma gemina
Tester   : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com


Bahan A
60g susu segar
50g cream cheese
4 sudu besar serbuk koko 

Bahan B
25g minyak jagung

Bahan C
65g superfine (diayak)

Bahan D
6 biji kuning telur
55g gula kastor
secubit garam

Bahan E
3 biji putih telur
55g gula kastor
*pukul telur hingga berbuih, masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.

Bahan F
150ml fresh cream - stok x cukup buat 60ml
*pukul hingga kembang


Cara-cara:
Masak bahan A secara double boiler sehingga cheese cair. Matikan api, masukkan bahan B, gaul sebati.
masukkan bahan C dan gaul lagi.
Kemudian masukkan bahan D, sedikit demi sedikit, gaul sebatikan. 
Dalam mangkuk yang sama, masukkan separuh bahagian bahan E, kaup perlahan-lahan ulang sampai bahan E habis.
Tuang adunan ke dalam loyang segiempat (12x12cm) yang digris dan dialas dengan baking paper.
Ratakan permukaan adunan kek dan bakar pada suhu 160 c selama 10-15 minit.
Setelah kek masak, terbalikkan atas wire rack yang dialas dengan baking paper. 
Biarkan kek sejuk dulu, kemudian barulah disapukan bahan F.
Gulung perlahan-lahan dan sejukkan didalam peti sejuk sebelum dipotong.




Nak tengok resepi asal klik SINI


Selamat Mencuba.







Friday, January 11, 2013

Sambal goreng hati ayam bersama tofu

Assalamulaikum.. semoga semua sihat walafiat dihari yang penuh keberkatan ini..amin..semalam entri sambal sotong.. hari ni pun sambal gak..sambal goreng hati ayam bersama tofu telur ..tapi diolah ikut resepi dari blog masakan melly..saya minta pamit tumpang resepinya ye..makasih banyak..blognya keren banget..

ada tambah dan kurang dari segi bahan penggunaan..harap empunya resepi halalkan ye..


Sumber: masakan melly 
Tester : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com



Bahan-bahan:
hati ayam - bersihkan, rebus, tos dan goreng garing
2 biji kentang potong dadu dan goreng - saya ganti dengan tofu telur (goreng garing)
1 sudu besar kicap manis
1 helai daun sup - carik kasar
1/2 cawan minyak untuk menumis
garam dan gula
bawang goreng - tabur


Bahan Kisar:
4 biji buah keras
1 biji tomato
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan - saya ganti sos ikan
5 biji cili - saya guna cili kering ( 10keping)



Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak.
Masukkan garam, gula,kicap dan daun sup. Gaul sebatikan.
Perasakan secukupnya. Kemudian bolehlah masukkan hati ayam. Gaul lagi.
Akhir sekali, masukkan tofu yang digoreng garing tadi. Sebatikan. Tutupkan api.
Angkat dan hidangkan.


Sesekali mencuba masakan dari seberang..rasanya tak jauh beza dengan masakan kat malaysia..perbezaan hanya pada bahasa..kan..kan..terkial-kial saya membaca blog cik melly ni..apa apa pun kita tetap serumpun....


Resepi asal klik SINI



Selamat Mencuba.







Thursday, January 10, 2013

Sambal Sotong

Assalamualaikum...



ni menu tengahari saya...sambal sotong..resepi skodeng kat blog sinar kehidupanku..





ada tambahan dari segi bahan..izinkan saya yang empunya resepi..makasih..



Sumber: Sinar Kehidupanku
Tester  : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com


Bahan-bahan:
1 kg sotong - bersihkan (buang tulang belakang) dan toskan.
2 keping fish cake - potong keping ( goreng garing)
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih*
2 biji bawang merah*
1/2 inci belacan*
2 sudu besar air asam jawa
1 cawan cili kering kisar
1 sudu besar kicap manis jalen 
1/2 labu bawang besar - dimayang
1/4 cawan air
1/2 cawan minyak - untuk menumis
2 keping cili kering - potong dua bahagian 
garam dan gula secukupnya


Cara-cara:
Rebus sotong separuh masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Kisar bahan bertanda *.
Sambil tu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar dan cili kering kisar. Biar terbit minyak.
Kemudian masukkan kicap manis, gula dan sedikit air. Kacau rata.
Masukkan sotong, fish cake, jus asam jawa, cili kering dan bawang besar yang dimayang.
Masukkan perasa secukupnya. Kalau dah ok tutupkan api.
Angkat dan hidangkan.



Kalau nak makan dengan nasi putih, nasi lemak atau roti boleh gak..terpulang pada anda..


Nak tengok resepi asal klik SINI


Selamat Mencuba.