Thursday, October 25, 2012

Lebuhraya PLUS

Utusan Malaysia :
Sempena cuti aidiladha pada jumaat 26 Oktober ni, dijangka 2 juta kenderaan akan membanjiri Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad untuk pulang ke kampung halaman masing-masing mulai esok.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Mohd. Nizam Ismail berkata angka itu mencatatkan peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari pada hari biasa. Data itu merangkumi jumlah traffik yang menggunakan semua Lebuhraya dibawah kendalian PLUS termasuk Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Linkedua, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. 

Para pengguna jalanraya dinasihatkan untuk menyemak jadual(TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS untuk mengelak mereka terlibat dalam kesesakan  lalulintas.

Berhati-hati semasa memandu. Pandulah dengan cermat supaya selamat tiba kedestinasi tujuan..Ingatlah orang tersayang yang menunggu kepulangan kita bagi menyambut Hari Raya Aidiladha bersama..

Periksa kenderaan anda. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik..seelok-eloknya bawalah kenderaan anda untuk diservis dan jangan menunggu disaat akhir baru nak membuat pemeriksaan..

Selamat pulang ke kampung dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha bagi yang berugama Islam.


Wednesday, October 24, 2012

Gulai Ayam



salam semua..masa makan tengahari..nak makan apa ye..he..he..sebenarnya gulai ayam ni dah rancang lama nak masaknya, tapi asyik tertunda je..pagi tadi suami tanya lagi bila nak buat gulai..ha..tu la saya rajin-rajin kan diri seawal jam 10pagi lagi saya dah siapkan bahan-bahan buat gulai ni..pening gak nak pilih resepi gulai yang mana satu sebabnya banyak versi kan..entah macam mana termasuk pulak kat blog My Menu..ha..macam macam ada..kali ni saya pulak yang pening nak masak apa..hajat di hati masak gulai, tapi bila terpandang resepi lain dalam My Menu ni, ha..mula la pasang angan-angan nak masak tu la..ni la..akhirnya pilihan hati tetap gulai ayam..ni versi kelantan yo..Tahniah Kelantan..rangkul Piala Malaysia 2012..Panjang pula cite ni..dipendek kan cite.. My Menu  FZI izin kan saya tepek resepi kat sini ye..saya dah cuba..sedap lah..Terima kasih tuk resepi ni..he..he..rasanya next projek tupak sotong pulak..nampak sedap je..



Sumber : My Menu
Tester :   ibuayah-loveofmylife.blogspot.com


Bahan-bahannya:

Ayam setengah ekor dibersihkan dan dipotong ikut suka.
 bawang merah besar(bawang India) dipotong 3 
1 setengah inci halia
2 ulasbawang putih
5 tangkai cili kering bersihkan biji dan direndam(air suam) - saya guna 3 keping tak nak pedas sangat
2 keping asam keping - saya guna 1 keping je
rempah 4sekawan
manisan/ gula melaka secukup rasa- ikut suka
garam - ikut rasa
santan- saya guna santan kara segera ( 1 kotak )
rempah kari Ayam/Daging Adabi - jadikan pes ( saya guna 3sudu besar )
minyak masak 
air masak - 1-2gelas 


Cara-cara:
  • Kisar/ tumbuk halus bawang merah besar(bwg India), bawang putih, halia, cili kering 
  • Panaskan kuali, kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar/tumbuk tadi dan rempah 4sekawan. Gaul sebati. Masukkan rempah kari Ayam/Daging Adabi yang telah dijadikan pes. Gaul rata biarkan rempah masak..
  • Masukkan ayam dan kacau sehingga rempah menyaluti ayam. Guna api sedehana.
  • Biar ayam kecut dan masak.
  • masukkan air masak dan santan. Mula-mula masukkan air masak, curahkan kat sekeliling gulai diikuti santan dan kacau rata secara perlahan. Bahagian tengah tak payah kacau.
  • Bila santan dah menggelegak kecilkan api. boleh letak kentang(saya tak letak) kalau suka.
  • Akhir sekali masukkan garam dan manisan ikut rasa.
  • Hidangkan. Gulai lagi lama lagi sedap. Memang best makan.



Petua Dapur


Sumber: Mingguan Wanita Petua Dapur

Tips : Gulai ikan lebih lembut dan sedap
 Jika anda ingin sedapkan lagi masakan gulai anda terutamanya yang menggunakan ikan, caranya ialah                       dengan mencampurkan sedikit halba ke dalam masakan gulai anda itu. Insya-Allah ikan akan lebih lembut dan sedap..Cubalah

Tips : Hilangkan bau botol susu
Botol susu akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan setelah lama digunakan. Bagi menghilangkan bau itu, cuba langkah berikut:
basuh botol susu.
rendam dalam air sejuk selama 10-15minit.
masukkan air suam, sedikt serbuk sabun dan sedikit garam.
goncang hingga berbuih, biarkan sebentar.
buang air sabun tadi, masukkan air suam dan garam.kemudiankan berus  botol susu.
Akhir sekali bilas botol sehingga bersih dan keringkan.

Tips : Ikan goreng lebih enak
Gaulkan ikan dengan garam, kunyit, bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di tumbuk halus.
Perapkan selama 15minit( lagi lama lagi sedap). Ikan goreng anda pasti berbau harum dan menyelerakan.

Tips : Pisang goreng ranggup dan enak
Campurkan tepung beras dengan sedikit kapur sirih dan sebiji telur itik. Kacau sehingga sebati dan goreng.
Pisang goreng anda akan menjadi lebih ranggup dan enak dimakan.





                                       

Monday, October 22, 2012

Tahukah anda adat berpantang

Selamat petang semua..hari ni saya nak cite tentang pemakanan semasa berpantang...Kenapa cite tentang pantang pulak ye..Macam ni..semalam saya belek-belek majalah lama hajat di hati nak kemaskan simpan dalam kotak..Tetiba terpandang pulak majalah Mingguan Wanita bertarikh 22-28 Julai 2011..lama tu..  cover muka depan gambar Noh Hujan & Mizz Nina..Baca punya baca terjumpa pulak artikel tentang adat pemakanan semasa berpantang..so saya rasa baik saya kongsi gak dengan kawan-kawan blogger yang lain..sapa tau mungkin boleh digunakan sebagai rujukan masa akan datang kan...

Rahsia cantik Semasa Berpantang
Wanita dalam pantang boleh mengambil minuman seperti Kopi untuk memanaskan badan
Minum Air Halia yang telah direneh dengan gula melaka juga boleh memanaskan badan
Bagi wanita pantai timur, halia, kunyit dan lada benar (lada hitam) ditumbuk halus bersama sedikit garam dan dimakan sebagai ulam..( pengalaman ni saya alami sendiri sewaktu berpantang anak pertama..masa tu mak mertua yang jaga makan minum)..makasih ma..memang best..sampai hari ni gemar makan halia..kalau dimakan dengan nasi panas lagi sedap.. cuba la..boleh dimakan walaupun tak dalam pantang..untuk kesihatan dalaman..buang angin gak tau..

Elak Makan Sejuk Semasa Berpantang
Pengambilan Sayuran dan buahan "sejuk" seperti Kubis, Bayam, Pucuk Ubi, Kekacang, Kangkung, Timun, Pucuk Paku, tidak digalakkan kerana akan membuat ibu dan juga bayi kembung perut, menangis tak selesa..
Elakkan memgambil makanan yang mengandungi rempah yang banyak kerana akan membuat ibu dan bayi cirit-birit..

Petua Orang Tua/ Bidan Kampung
Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan untuk mengelakkan meroyan atau peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.
Dilarang meminum ais, bergas, atau minum berlebihan kerana perut yang kembang akan sukaruntuk mengecut atau kempis.
Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan bawal hitam, terubuk, pari, duri, sembilang serta ikan parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Makan kunyit banyak sebagai ulam atau jus.
Bertangkas atau berpilis satu kemestian.



Dari sudut kaca mata Doktor: Dr.Faridah (BaiBoo)
Mitos dan fakta pemakanan atau diet selepas bersalin

  • apa yang boleh / tak boleh makan - semuanya boleh makan 
  • minuman sejuk boleh minum tapi mesti rebus air sebelum dijadikan ais batu
  • kari, rendang, dan makanan berempah boleh makan tapi dalam kuantiti yang sedikit
  • minum banyak air bagi: 
        a) membanyakkan air susu untuk penyusuan bayi  
        b) isipadu darah dalam saluran darah ibu mencukupi 
           c) darah nifas mudah mengalir dan tidak berketu
        d) kulit ibu tidak kering dan gatal
        e) ibu tidak mengalami dehidrasi dan pening
        f) jangkitan tidak mudah berlaku pada ibu
        g) suhu badan ibu lebih terkawal - ibu rasa selesa dan tenteram
        h) tidak mengalami kemurungan
        i) ibu mudah buang air besar(berak)-tidak mengalami buasir atau sembelit
        j) ibu tidak perlu meneran semasa buang air besar hingga peranakannya terkeluar


Pendek kata, amalan mengurangkan air minum semasa dalam pantang patut ditinggalkan demi kesihatan ibu dan bayinya




Menu Semasa Pantang:
Ibu-ibu boleh makan nasi lembut atau bubur nasi, ikan bakar/sup ikan/ikan goreng/ayam bakar/goreng/kari dan sayur rebur/celur/sup
Makan buah-buahan - (pisang + oren) 3 kali sehari untuk elakkan sembelit.
Minum susu untuk kalsium.
Makan pil Obimin(sumber ferum atau iron, Fe)

Terima kasih doktor atas nasihat yang diberikan..

Amalan berpantang bukan sahaja menitikberatkan soal pemakanan ibu semata-mata tetapi juga melibatkan pemakanan bayi itu sendiri. Menjaga makan minum untuk kembali sihat dan segar adalah menjadi keutamaan ibu-ibu yang berpantang supaya dapat mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal dan selain mempunyai kekuatan untuk menjaga bayi yang dilahirkan..Terpulang pada anda sekalian untuk memilih cara mana yang fleksibel atau sesuai untuk anda, kerana anda  lebih mengetahui badan anda sendiri...
Harap-harap artikel ni boleh membantu ibu baru di luar sana.



ikan goreng sambal


Selamat tengahri semua..dah makan ke..tadi saya dah post untuk sarapan pagi..skarang ni makan tengahari pulak..ni pun yang ringkas gak..ikan goreng sambal..ni resepi dari mat Gebu..memang sedap, ringkas dan mudah disediakan..tak sampai 30minit pun dah siap..nak cuba...cuba jangan tak cuba...rugi..


Bahan-bahan:

1 biji bawang besar, dihiris bulat
1 batang serai, dihiris
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hirisan halia
1 hirisan lengkuas
1/2 inci belacan
2 biji buah keras (ditumbuk halus)
1 cili merah-saya letakkan untuk hiasan
garam dan gula 


Cara membuatnya:

  • Ikan disiang, cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan hingga garing, angkat dan toskan. 
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat, masukkan cili kisar dan tumis keluar minyak, gunakan api sederhana. 
  • Masukkan jus asam jawa, garam dan gula. Masak hingga pekat. Masukkan ikan goreng dan juga bawang besar hiris. Gaul rata. Angkat dan hidangkan.

Thursday, October 18, 2012

Tahukah anda tarikh penting negara (Malaysia)

Sumber: Perpustakaan Malaysia


Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tanggal 10 Ogos 1511.     (1511-1624)

Melaka telah jatuh ke tangan Belanda pada tanggal 14 Januari 1641.  (1641-1824)


Melaka diserahkan kepada pihak Inggeris pada 17 Mac 1824


Pulau Pinang di buka secara rasmi pada 11 Ogos 1786


Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dari tahun 1841 -1941



Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Negeri-negeri Melayu Bersekutu  (1896) 

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis Negeri-negeri Melayu Bersekutu Tidak Bersekutu  (1909)

Justeru, selepas tahun 1914, Tanah Melayu terbahagi kepada 3 unit politik iaitu :
(a) Tanah Jajahan Mahkota Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura (termasuk Pulau Krismas dan Pulau Kokos), Pulau Pinang dan Seberang Prai, Melaka dan Labuan.
(b) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
(c) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor.


Pada 1 March 1946, 41 persatuan dan pertubuhan Melayu membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malays National Organization-UMNO)
Dato' Onn Jaafar dilantik sebagai Presiden yang pertama dan orang Melayu buat pertama kalinya.

Akhirnya, pada 31 Ogos tahun 1957, Persekutuan Malaya telah mencapai kemerdekaannya.



Senarai Perdana Menteri Malaysia ( sumber wikipedia )



                     
Y.T.M Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj
Bapa Kemerdekaan
( 1957-1970 )








Tun Abdul Razak bin Haji
Dato' Hussein
Bapa Pembangunan
( 1970-1976 )
         





Tun Hussein bin Dato' Onn
Bapa Perpaduan
( 1976-1981 )






Tun Dr. Mahathir Mohamad
Bapa Pemodenan
( 1981-2003)                                                                          






Tun Abdullah Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan
( 2003-2009 )





Dato' Seri Mohd. Najib Abdul Razak
Bapa Transformasi
( 2009 - kini )








himpunan nama-nama si-comel


Anak ialah anugerah Ilahi yang amat berharga bagi setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Rumahtangga yang dibina akan hilang serinya tanpa hilai tawa anak-anak. Setiap anak yang lahir akan diberi nama-nama yang berbeza mengikut pilihan ibu bapanya.

Baby...
photo: LimpidD

sumber : Ummu Ainul Muhammad (Al-Hidayah)


Abdul Ghafur      - Hamba Allah yang Pengampun

Abdul Ghani       - Hamba Allah yang Kaya

Abdul Hadi         - Hamba Allah yang Memimpin

Abdul Hafiz        - Hamba Allah yang Memelihara

Abdul Haiy         - Hamba Allah yang Hidup

Abdul Halim       - Hamba Allah yang Lemah-Lembut

Abdul Hakim      - Hamba Allah yang Bijaksana

Abdul Karim       - Hamba Allah yang Pemurah   

Abdul Majid       - Hamba Allah yang Mulia

Abdul Latif        - Hamba Allah yang Lemah-Lembut

Abdul Qadir        - Hamba Allah yang Berkuasa

Abdul Nasir        - Hamba Allah yang Menolong

Abdul Qahar       - Hamba Allah yang Perkasa

Abdul Mannan     - Hamba Allah yang Memberi Nikmat

Abdul Muhaimin  - Hamba Allah yang Berkuasa

Abdul Qayyum    - Hamba Allah yang Berkuasa

Abdul Rauf         - Hamba Allah yang Pengasih

Abdul Rahman    - Hamba Allah yang Pengasih

Abdul Rahim       - Hamba Allah yang Penyayang

Abdul Samad      - Hamba Allah yang Menjadi Tumpuan

musim tengkujuh


Cite pasal bab musim tengkujuh ni ianya bermula pada bulan November dan berakhir pada pertengahan bulan Januari setiap tahun dan melanda negeri-negeri di pantai timur semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan..ingat lagi tak..
Masa musim tengkujuh ni la banyak aktiviti yang berlangsung.. projek kawin, melancong, sekolah pun bercuti..jadinya ramai la yang  dok merehatkan badan dan minda..eh..iye ke?
Jangan lupa, musim tengkujuh ni juga menandakan kita dah menghampiri ke penghujung tahun 2012..nak tutup tirai dah...cepatnya masa berlalu..hem..hem..banyak lagi target, azam 2012 tak capai ..Ya Allah pantas masa meninggalkan kami..tengah check apa lagi yang tertinggal lupa nak buat, kadang tu memang malas punya hal la..tak dinafikan...
So sempena musim tengkujuh ni..kita kena la beringat-ingat selalu..masa ni hujan tak menentu..kadang cerah waktu pagi..eh.. tetiba hujan pulak tengahari..so sediakan payung sebelum hujan..tengok kiri kanan jalan..kalau kalau tanah runtuh ke, jalan mendap ke..cuba cuba tengok aliran air dalam tanah..jangan buat tak tau je..pengalaman lalu jadikan iktibar..
Apakata kita bercuti indoor je..hehe..buat la imaginasi korang sendiri..saya nak buat ala-ala hawai gitu..letak bunga warna warni, jangan pulak pasang obor api ye..terbakor rumah..tu dia..kita bakor je..ingat lagi ke trademark ni.. Hantu Mak Limah Balik Rumah..ni cite pebret anak saya..So...Kita Enjoy..Jangan Main HUJAN....

Wednesday, October 10, 2012

back future nowhere


Ha...ha..ni dia penyelesai masalah traffik kita..
Kalau traffik tak leh nak dikawal saya rasa basikal, kuda, gajah  boleh diguna pakai kot..mungkinkah?...

tetiba terfikir pulak macam agaknya orang zaman dahulu..boleh dikategorikan kuat daya tahan diri tu..jalan kaki je..kalau orang zaman skarang ni surrender kot..tak larat no...jauh tu..kompom macam-macam alasan diberi..macam saya le..apa-apapun kita kena la bersyukur atas nikmat Ilahi..terima seadanya..

picture: Sunita Narain 

Tuesday, October 9, 2012

Karipap pertamaku.


Salam semua..karipap ni buat petang semalam tapi tak sempat nak post..pes time buat karipap ni.. cite nya macam ni semalam anak demam..dok merengek nak karipap..karipap..tapi tak nak karipap pedas. Mana nak cari karipap tak pedas..kat luar semua jual karipap pedas..Jadinya terpaksa la surf internet cari cara nak buat karipap. Saya nak resepi yang ringkas coz tak pandai p buat karipap..takut result tak serupa..Nasib baik bahan2 ada kat rumah..boleh la buat..Resipi ni saya ambil dari Dapur Malaysia..berminat sila la singgah ke resepi Dapur Malaysia...minta laluan untuk panjangkan kat sini ye..cuba la..sedap ringkas je.. paling best kulit karipap ranggup..
Bahan-bahan (inti) 
  • 3-4 biji kentang – dipotong dadu
  • 200 g daging cincang 
  • 3 ulas bawang merah – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 2 sudu besar serbuk kari - saya letak 1 sudu kecil je
  • 2 sudu kecil serbuk cili -  saya tak letak serbuk cili(anak tak nak pedas)
  • 1 kiub pati daging
  • 5 helai daun kari - saya letak 2 helai je
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula

Bahan-bahan (doh)
  • 300 g tepung gandum
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 sudu mentega
  • 1 cawan air sejuk
  • Sedikit garam

Cara-cara membuatnya:
  • Untuk Inti: panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan daging cincang. Biarkan sehingga hampir masak.
  • Masukkan serbuk kari, cili kisar, pati daging dan daun kari. Kacau sehingga sekata.
  • Masukkan air dan kentang.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masak kentang sehingga empuk.


  • Untuk doh: gaul tepung dalam mangkuk bersama-sama minyak masak dan mentega yang telah dipanaskan dengan sudu.
  • Kemudian masukkan sedikit garam dan air sejuk. Uli sehingga menjadi doh.
  • Ambil sedikit doh dan canai. Doh Jangan tebal ataupun nipis sangat.
  • masukkan inti.
  • Kelim di bahagian tepi. Saya guna pengepit karipap. 
  • Panaskan minyak dalam kuali. Goreng karipap sehingga berwarna keemasan.
  • Angkat dan hidangkan panas-panas.

Monday, October 8, 2012

Life Is So Short


Is life is so short?   So

What are we looking for? What do we want?

happiness, luxury, honor

For me  long or short this life, that first of all is God and the second is the family. Although short  I hope I'm always with my family, I love my family.

For me family is the greatest gift in my life.

But this is life, though not simultaneously but will come a time when we all will split facing the creator. Before that moment arrives, before it all disappears appreciate and love our families.

Thursday, October 4, 2012

Katak beracun


Strawberry Poison-Dart Frog

THE STRAWBERRY POISON-DART FROG is found in the tropical rainforest along the Atlantic coast of Central america from northern Guatemala to Panama. The greatest concentration has been found in Costa Rica.






picture by: Discovering Wildlife

How Animals Use Tools

Superior Tool Users

CHIMPANZEES ARE THE MOST INGENIOUS TOO-USER on the planet, apart from ourselves. They not only use ready-made tools, such as stones for anvils or weapons, but also create new ones for many specific purposes. In some cases, different groups of chimpanzees have developed different tools and techniques to perform similar jobs. These are learnt by the youngster, and passed on down the generation.


        picture by:discovering wildlife

words of the day

             Learn from
      the mistakes of others.
you can't live long enough to
   make them all yourself.
        AUTHOR UNKNOWN 

Wednesday, October 3, 2012

buku

tetiba teringat pulak masa mula-mula start belajar komputer ni..masa tu ramai yang nak belajar windows, ada gak yang belajar menaip sampai ada yang ambik kelas malam gitu..kalau nak tau, ha ni la buku pertama saya..saya blajar dari buku je..korang macam mana..tak kisah la blajar dari buku ke, blajar dari orang ke, atau ambik kelas ke..yang penting ada asas...kan...betul tak...jangan tak tau langsung kan...ok stay happy and alert..