Monday, October 22, 2012

Tahukah anda adat berpantang

Selamat petang semua..hari ni saya nak cite tentang pemakanan semasa berpantang...Kenapa cite tentang pantang pulak ye..Macam ni..semalam saya belek-belek majalah lama hajat di hati nak kemaskan simpan dalam kotak..Tetiba terpandang pulak majalah Mingguan Wanita bertarikh 22-28 Julai 2011..lama tu..  cover muka depan gambar Noh Hujan & Mizz Nina..Baca punya baca terjumpa pulak artikel tentang adat pemakanan semasa berpantang..so saya rasa baik saya kongsi gak dengan kawan-kawan blogger yang lain..sapa tau mungkin boleh digunakan sebagai rujukan masa akan datang kan...

Rahsia cantik Semasa Berpantang
Wanita dalam pantang boleh mengambil minuman seperti Kopi untuk memanaskan badan
Minum Air Halia yang telah direneh dengan gula melaka juga boleh memanaskan badan
Bagi wanita pantai timur, halia, kunyit dan lada benar (lada hitam) ditumbuk halus bersama sedikit garam dan dimakan sebagai ulam..( pengalaman ni saya alami sendiri sewaktu berpantang anak pertama..masa tu mak mertua yang jaga makan minum)..makasih ma..memang best..sampai hari ni gemar makan halia..kalau dimakan dengan nasi panas lagi sedap.. cuba la..boleh dimakan walaupun tak dalam pantang..untuk kesihatan dalaman..buang angin gak tau..

Elak Makan Sejuk Semasa Berpantang
Pengambilan Sayuran dan buahan "sejuk" seperti Kubis, Bayam, Pucuk Ubi, Kekacang, Kangkung, Timun, Pucuk Paku, tidak digalakkan kerana akan membuat ibu dan juga bayi kembung perut, menangis tak selesa..
Elakkan memgambil makanan yang mengandungi rempah yang banyak kerana akan membuat ibu dan bayi cirit-birit..

Petua Orang Tua/ Bidan Kampung
Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan untuk mengelakkan meroyan atau peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.
Dilarang meminum ais, bergas, atau minum berlebihan kerana perut yang kembang akan sukaruntuk mengecut atau kempis.
Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan bawal hitam, terubuk, pari, duri, sembilang serta ikan parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Makan kunyit banyak sebagai ulam atau jus.
Bertangkas atau berpilis satu kemestian.



Dari sudut kaca mata Doktor: Dr.Faridah (BaiBoo)
Mitos dan fakta pemakanan atau diet selepas bersalin

  • apa yang boleh / tak boleh makan - semuanya boleh makan 
  • minuman sejuk boleh minum tapi mesti rebus air sebelum dijadikan ais batu
  • kari, rendang, dan makanan berempah boleh makan tapi dalam kuantiti yang sedikit
  • minum banyak air bagi: 
        a) membanyakkan air susu untuk penyusuan bayi  
        b) isipadu darah dalam saluran darah ibu mencukupi 
           c) darah nifas mudah mengalir dan tidak berketu
        d) kulit ibu tidak kering dan gatal
        e) ibu tidak mengalami dehidrasi dan pening
        f) jangkitan tidak mudah berlaku pada ibu
        g) suhu badan ibu lebih terkawal - ibu rasa selesa dan tenteram
        h) tidak mengalami kemurungan
        i) ibu mudah buang air besar(berak)-tidak mengalami buasir atau sembelit
        j) ibu tidak perlu meneran semasa buang air besar hingga peranakannya terkeluar


Pendek kata, amalan mengurangkan air minum semasa dalam pantang patut ditinggalkan demi kesihatan ibu dan bayinya




Menu Semasa Pantang:
Ibu-ibu boleh makan nasi lembut atau bubur nasi, ikan bakar/sup ikan/ikan goreng/ayam bakar/goreng/kari dan sayur rebur/celur/sup
Makan buah-buahan - (pisang + oren) 3 kali sehari untuk elakkan sembelit.
Minum susu untuk kalsium.
Makan pil Obimin(sumber ferum atau iron, Fe)

Terima kasih doktor atas nasihat yang diberikan..

Amalan berpantang bukan sahaja menitikberatkan soal pemakanan ibu semata-mata tetapi juga melibatkan pemakanan bayi itu sendiri. Menjaga makan minum untuk kembali sihat dan segar adalah menjadi keutamaan ibu-ibu yang berpantang supaya dapat mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal dan selain mempunyai kekuatan untuk menjaga bayi yang dilahirkan..Terpulang pada anda sekalian untuk memilih cara mana yang fleksibel atau sesuai untuk anda, kerana anda  lebih mengetahui badan anda sendiri...
Harap-harap artikel ni boleh membantu ibu baru di luar sana.



No comments:

Post a Comment