Thursday, December 13, 2012

Sup Ayam

Salam, rancang nak makan apa tengahari ni? ringan ke berat? selamat menjamu selera jangan lupa minum banyak air..sekurang-kurangnya 8 gelas sehari..air penting bagi  menjamin kesihatan tubuh badan kita..lagi dengan keadaan cuaca yang kejap panas kejap mendung..suhu badan pun naik turun..satu lagi, sila pastikan payung sentiasa disisi..teman dikala hujan..
Tengahari ni, cuma masak sup ayam je..resepi ni dari rumah kak anymz (mykitchen)...jemput ke dapur...Kak anymz izinkan saya share resepi kat sini..makasih.




Sumber: kak anymz (my kitchen)
Tester  : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com


Bahan-bahan:
2 1/2 kg ekor ayam - bersihkan, potong dan toskan
2 batang serai - dititik*
8 ulas bawang kecil - hiris halus*
5 ulas bawang putih - hiris halus*
1 sm halia - diketuk*
2 helai daun limau purut
2  kiub pati ikan bilis
2 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
1-2 biji limau kasturi
cili padi hiris halus
rempah 4sekawan - bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis
daun ketumbar - ganti daun bawang -hiris nipis
daun sup - hiris nipis
Bawang goreng
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis ( 5 sudu besar)
Air secukupnya - dalam 8-10 gelas 



Cara-cara:
Masukkan ayam kedalam periuk, tuang air (8-9gelas) - sehingga menutupi daging ayam.
Masukkan serai, daun limau purut (2 helai), daun sup (2 tangkai).
Reneh sehingga ayam empuk (kalau belum empuk, tambahkan air). 
Tambahkan garam dan kiub pati ikan bilis. Perlahankan api.
Didalam kuali yang lain, tumis rempah 4sekawan dan bahan bertanda * sehingga keperangan. Tutup api.
Tuangkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk yang berisi rebusan ayam.
Masukkan lada hitam, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
Perasakan garam. Kalau dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api.
Angkat.


Note: Taburkan daun sup, daun bawang, bawang goreng, cili potong dan limau nipis bila nak dihidangkan..
Macam kak amnymz kata, sup ayam ni boleh dimakan dengan ikan goreng kerisi ataupun dengan sambal..yang penting hati suka dan perut pun gembira..


Nak tengok resepi asalnya sila klik kat SINI


Jumpa di entri akan datang..


Selamat Mencuba.












1 comment: