Wednesday, December 19, 2012

apam kentang

Salam..entri semalam kentang goreng..hari ni buat apam kentang pulak..bukan apa, stok kentang kat rumah banyak, kenalah habiskan..
terima kasih kak nor untuk resepi ni..menjadi bentuknya..apam kentang ni sesuai untuk sarapan pagi ataupun minum petang..apam kentang kak nor warna hijau..apam saya warna asli..daun pandan tak de..pati pandan pun tak de..terpaksa lah apam ni stay in original colour..tergelak saya anak tanya, ibu ni kuih apa?..kuih telur ke..biasalah kanak-kanak warna penting untuk tarik perhatian mereka..tapi apam kentang saya tak menarik warnanya..semasa letak apam atas meja, sempat tengok mata anak dok tengok apam tu dari atas ke bawah..bawah ke atas..gusar rasa hati..takut dia tak nak makan..alhamdulillah habis 5 biji jugak di ngapnya..panjang pulak cite..jom la kita selongkar dapur...



Sumber : Secubit Garam ( kak nor) ( seri)
Tester   : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com

Bahan-bahan:
3/4 cawan gula pasir
200ml air
250ml santan 
1 helai daun pandan - tak de
2 cawan tepung beras
1 cawan kentang rebus
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yeast
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna hijau/pandan paste - tak de ganti esen vanilla


Cara-cara:
Kentang rebus diblend bersama santan dan biarkan sebentar.
Masak gula bersama air dan daun pandan.
Dalam mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum, yeast, b.powder dan garam.
Satukan semuanya dalam blender dan kisar hingga sebati.
Perapkan selam 1 jam.
Sementara menunggu, sapukan minyak pada acuan(kecil2).
Kukuskan selama 15 minit.
Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
Apam boleh dimakan bersama kelapa parut.



Resepi asal klik sini: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/06/apam-kentang.html


Selamat Mencuba.

2 comments:

  1. first time dengar apam kentang ni..tentu sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun 1st time buat gak..tekstur dan rasa lembut sikit dari apam beras..thks to kak nor..4 the great recipe.

      Delete