Tuesday, November 27, 2012

asam pedas ikan campur

Salam semua..hari ni lewat masukkan entri..ingatkan bila dah siap masak nak buat entri dulu..tapi ada hal yang tak dapat dielakkan..tangguh dulu la..pagi tadi dok pusing bongkar peti sejuk apa isi kat dalam. Setelah ku tilik, eh ada daun kesum, serai, ikan kerisi, ikan kembong...apalagi trus bw jalan-jalan cari resepi..akhirnya, hati berkenan kat asam pedas ikan campur-campur Mat Gebu.. inilah menu tengahari saya...asam pedas ikan campur..jom kita memasak..

Saya mohon izin kongsikan resepi kat sini ye cik Mat Gebu..Makasih.




                                                          asam pedas ikan campur



Bahan-bahan:

  • 6 ekor ikan campur (saya guna ikan kembong dan ikan keisi)
  • 8 batang bendi muda - tak de (ganti kacang panjang)
  • 2 biji tomato potong 3
  • 1 genggam daun kesom
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 1/2 senduk nasi cili kisar
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 cawan air asam jawa
  • Sedikit Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya - bergantung kepekatan yang dikehendaki
  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar Halus:

  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup



Cara-cara:

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Kacang panjang dicuci, tos dan dipotong ikut suka. Tomato cuci dan potong 3 bahgian setiap satu. Ketepikan.
  3. Sementara itu, panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris tadi.
  4. Setelah tu, masukkan bahan yang dikisar halus dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
  5. Tuangkan air secukupnya (ikut kepekatan yang dikehendaki) kacau rata dan biar sampai mendidih. Masukkan kacang panjang, tomato dan ikan campur.
  6. Masak sekejap, tuangkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa juga serbuk lada hitam. Kacau perlahan.
  7. Akhir sekali masukkan tomato biar dalam 1 minit kemudian tutup api.
  8. Angkat dan hidangkan. Sedap dimakan semasa panas.



Resepi ni memang sedap dan ringkas..kerjanya pun mudah je..Korang kat luar sana silalah mencuba..


2 comments: