Monday, January 7, 2013

Mee Hoon Goreng Kampung

Salam pagi isnin..matahari memancarkan cahayanya..semoga cahaya itu memberi sinar berkat buat kita semua..pagi ni, saya menyediakan mee hoon goreng untuk anak dan suami..resepi ni terbit ilham dari blog 1001resepi..Saya kongsi resepi kat sini ya..terima kasih


Bahan-bahan: Untuk 1 pek
1 pek mee hoon - rendam dan toskan.
5 ulas bawang putih*
2 biji bawang merah *
3 keping cili kering - ikut suka*
sedikit udang
sedikit sotong
sedikit bebola ikan
kicap
garam
gula
1/2 cawan air


Cara-cara:
Blenderkan semua bahan bertanda *.
Panaskan kuali. Tumis bahan yang diblender sehingga wangi.
Masukkan udang, sotong dan bebola ikan. Gaul sebati.
Masukkan kicap, garam, gula dan air. Gaul lagi.
Masukkan mee hoon. Kacau sehingga semuanya sekata warnanya.
Jika rasa dah ok, bolehlah tutupkan api.
Hidangkan.

*tabur dengan daun bawang, daun sup, telur rebus,cili pun boleh..ikut selera masing-masing..


Kalau nak skodeng resepi asalnya sila klik SINI


Selamat Menjamu selera.


Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment