Tuesday, January 8, 2013

Spaghetti Aglio e Olio

Salam, ni menu petang kita..minum bersama laici teh kang..spaghetti aglio e olio..saya suka rasa dan bau bawang putih yang ada dalam spaghetti ni..wangi..resepi datangnya dari dapur Azie Kitchen.. 



Sumber:  Azie Kitchen
Tester  :  ibuayah-loveofmylife.blogspot.com


Bahan-bahan:
500gm spaghetti
1/4 minyak olive oil - tak de ganti minyak jagung
5 ulas bawang putih - cincang halus
4 biji cili kering - tak letak
1/2 tsp red pepper/dried chili flace - tak letak
50ml water + 1 tsp  chicken stock
fresh parsley
course black pepper
Sedikit udang - buang kulit, cuci dan toskan
garam


Cara-cara:
Rebus pasta selama 8-10 minit. Ikut instruction pada label pasta.
Sediakan chicken stock. Campurkan dengan 50ml air. Ketepikan.
Panaskan kuali. Bubuh sedikit minyak jagung. 
Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga keperangan. Masukkan sedikit stok ayam. Kacau rata.
Masukkan udang. Gaul sebatikan. 
Bila udang dah separuh masak, masukkan pasta. Gaul lagi hingga rata.
Kalau suka pasta sedikit basah, boleh la tambahkan lebihan stok ayam.
Masukkan garam dan lada hitam..Gaul lagi. Tutupkan api.
Angkat dan boleh lah dihidang.


Resepi asal sila klik SINI......




bila nak hidangkan spaghetti aglio e olio ni, taburkan daun parsley diatasnya..saya suka lada hitam banyak..terpulang pada anda semua..nak lebihkan seafood, lada hitam ataupun bahan lain..Apa yang saya boleh cakap, habis sepinggan masuk perut saya..anak saya pun suka..tapi dia suka spaghetti basah..Sedap. 


Selamat Mencuba.


No comments:

Post a Comment