Wednesday, January 9, 2013

Kentang Putar Mushroom

Salam, dan selamat petang semua..selepas menjemput anak dari sekolah, saya menyempatkan diri membuat juadah minum petang yang sedikit ke om putih punya taste gitu..kentang putar mushroom..resepi ni tengok kat blog my1981-storyofmylife..tapi cik may hanya gunakan sos ni, untuk spaghetti carbonara..




saja nak cuba sos spaghetti carbonara untuk kentang putar..rasanya boleh tahan jugak..tak jauh beza dengan sos asalnya..cuma ada rasa kasar sikit bila tergigit cendawan dan roti kering tu..saya tambah satu bahan, roti kering..kebetulan roti kering ada lagi dalam simpanan, jadi saya pun cuba bereksperimen sikit la..hehe..hasilnya macam yang dalam gambar kat atas tu la...minta laluan share resepinya ye cik may..makasih.


Sumber : my1981-storyofmylife
Tester   : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com



Bahan-bahan:
5 biji kentang - kupas kulit, cuci dan rebus hingga lembut.
secubit garam
roti kering - potong kecil2 bentuk dadu

Bahan Untuk Sos:
1 tin sos carbonara - guna prego
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 tin cendawan butang - saya guna 5 biji dan dihiris halus
1/2 cawan susu segar
sedikit pati ayam tumix - saya guna 1 sudu teh
sedikit minyak




Cara-cara:
Putarkan kentang yang telah direbus dan letakkan secubit garam. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga harum.
Masukkan sos carbonara dan cendawan butang. Gaul rata.
Bila sos dah mula pekat, tambahkan susu segar dan pati ayam tumix. Tutupkan api.
Cedokkan kentang putar kedalam pinggan hidangan. Tuang sos carbonara diatasnya.



Nak tengok resepi asal klik SINI


Kalau makan panas-panas memang perrgh..kompom nak lagi.


Selamat Mencuba.






No comments:

Post a Comment