Thursday, October 25, 2012

Lebuhraya PLUS

Utusan Malaysia :
Sempena cuti aidiladha pada jumaat 26 Oktober ni, dijangka 2 juta kenderaan akan membanjiri Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad untuk pulang ke kampung halaman masing-masing mulai esok.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Mohd. Nizam Ismail berkata angka itu mencatatkan peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari pada hari biasa. Data itu merangkumi jumlah traffik yang menggunakan semua Lebuhraya dibawah kendalian PLUS termasuk Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Linkedua, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. 

Para pengguna jalanraya dinasihatkan untuk menyemak jadual(TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS untuk mengelak mereka terlibat dalam kesesakan  lalulintas.

Berhati-hati semasa memandu. Pandulah dengan cermat supaya selamat tiba kedestinasi tujuan..Ingatlah orang tersayang yang menunggu kepulangan kita bagi menyambut Hari Raya Aidiladha bersama..

Periksa kenderaan anda. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik..seelok-eloknya bawalah kenderaan anda untuk diservis dan jangan menunggu disaat akhir baru nak membuat pemeriksaan..

Selamat pulang ke kampung dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha bagi yang berugama Islam.


No comments:

Post a Comment