Tuesday, October 9, 2012

Karipap pertamaku.


Salam semua..karipap ni buat petang semalam tapi tak sempat nak post..pes time buat karipap ni.. cite nya macam ni semalam anak demam..dok merengek nak karipap..karipap..tapi tak nak karipap pedas. Mana nak cari karipap tak pedas..kat luar semua jual karipap pedas..Jadinya terpaksa la surf internet cari cara nak buat karipap. Saya nak resepi yang ringkas coz tak pandai p buat karipap..takut result tak serupa..Nasib baik bahan2 ada kat rumah..boleh la buat..Resipi ni saya ambil dari Dapur Malaysia..berminat sila la singgah ke resepi Dapur Malaysia...minta laluan untuk panjangkan kat sini ye..cuba la..sedap ringkas je.. paling best kulit karipap ranggup..
Bahan-bahan (inti) 
  • 3-4 biji kentang – dipotong dadu
  • 200 g daging cincang 
  • 3 ulas bawang merah – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 2 sudu besar serbuk kari - saya letak 1 sudu kecil je
  • 2 sudu kecil serbuk cili -  saya tak letak serbuk cili(anak tak nak pedas)
  • 1 kiub pati daging
  • 5 helai daun kari - saya letak 2 helai je
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula

Bahan-bahan (doh)
  • 300 g tepung gandum
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 sudu mentega
  • 1 cawan air sejuk
  • Sedikit garam

Cara-cara membuatnya:
  • Untuk Inti: panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan daging cincang. Biarkan sehingga hampir masak.
  • Masukkan serbuk kari, cili kisar, pati daging dan daun kari. Kacau sehingga sekata.
  • Masukkan air dan kentang.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masak kentang sehingga empuk.


  • Untuk doh: gaul tepung dalam mangkuk bersama-sama minyak masak dan mentega yang telah dipanaskan dengan sudu.
  • Kemudian masukkan sedikit garam dan air sejuk. Uli sehingga menjadi doh.
  • Ambil sedikit doh dan canai. Doh Jangan tebal ataupun nipis sangat.
  • masukkan inti.
  • Kelim di bahagian tepi. Saya guna pengepit karipap. 
  • Panaskan minyak dalam kuali. Goreng karipap sehingga berwarna keemasan.
  • Angkat dan hidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment