Friday, March 29, 2013

Roti Canai

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah masih diberikan Allah kesempatan bernafas atas muka bumi ni. Terima kasih ya Allah atas segalanya.

Minggu cuti  persekolahan pun dah nak sampai ke penghujungnya. Jalanraya pun akan kembali sibuk seperti sebelumnya. Bagi yang bekerja ataupun yang menghantar anak ke sekolah, jangan lupa untuk keluar awal. 

Berbalik pada masakan, pagi ni saya menyediakan sarapan yang biasa-biasa saja. Sebenarnya, doh ni saya sediakan malam semalam. Pagi ni cuma tebar je la. Roti canai memang kesukaan anak. Dia seorang boleh habiskan 2 keping roti. Tapi dia hanya nak suka cicah dengan kuah dhal dan susu pekat. Kadang tu saya kawal sikit pemakanan nya. Budak-budak kan suka makan benda yang manis-manis ni. Iya lah semua benda kalau ambik berlebihan membawa keburukan. Jadi baik kita berjaga sebelum terkena.

Resepi roti canai ni dari blog kurniaanmu. Saya mohon kongsikan resepi kat sini. Kalau nak tengok resepi asalnya SINI. Dah cuba  banyak resepi roti canai, tapi yang ni, memang terbaik lah. Terima kasih Ijayuji. Saya copy paste je ye.



Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega 
1-1/2 cawan air - guna 3/4 cawan
secukup garam -  saya letak 1/2 sudu teh


Cara-cara:

  1. Air + garam + susu = dikacau = Bahan A
  2. Bahan A dicampur sedikit demi sedikit dengan tepung(uli secara manual). Kalau guna mesin, campurkan kesemuanya.
  3. Masukkan minyak masak.
  4. Masukkan marjerin.
  5. Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh siap, tutupkan dengan kain lembap dan rehatkan selama 30 minit.
  6. Bulatkan doh kecil-kecil dalam 75gm-90gm setiap satu ( adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai.
  7. Kemudian saluti dengan marjerin untuk mengelakkan ia dari melekat.
  8. Tinggalkan selama 2 jam (saya tinggalkan semalaman).
  9. Keluarkan doh dan mulakan menebar roti. Bentuk ikut suka segi empat ataupun pusing/sanggul.
  10. Panaskan atas api kecil. Selepas roti dah siap, tepukkan dengan kedua belah tangan. 
  11. Siap.Hidangkan. Kuah ikut suka.



Petua untuk buat roti canai:
untuk menjadikan roti canai itu LIAT - bubuh minyak
untuk menjadikan roti canai itu CRISPY - bubuh gula atau tambah susu pekat manis
untuk menjadikan roti canai itu lembut hingga ke petang - uli dengan air sejuk/ais.


Terima kasih ijayuji mengetengahkan resepi ni. Tak lupa juga kepada tuan punya resepi NICEGHOST FNR dan sumber Hana Hana's Family. Tak rugi mencuba. Gua cakap sama lu, berbaloi-baloi. Tak tipu punya. Betul. Terbaik. Hehe.


Selamat Mencuba.




1 comment:

  1. Halo, salam kenal:)
    Saya baru menemukan blongnya, keren dan enak;)! Saya lihat bahwa Anda upload banyak foto makanannya. Apa Anda mau mengembangkan blognya lagi?
    Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Kami tidak terhapus filenya dengan waktu batas. Tolong coba servis kami tanpa registrasi dan tolong kasih tahu pendapatannya.

    Jika ada pertanyaan hubungi saya aja (dewi.aja@kumpulbagi.com)

    ReplyDelete