Wednesday, March 27, 2013

Dim Sum Halal

Assalamualaikum,

Di rabu yang mendung berangin ni, buatkan saya rasa mengantuk je sepanjang hari. Cuaca yang macam ni memang kena duduk dalam rumah je la. Sambil-sambil berehat kat rumah, boleh lah beraktiviti dengan anak-anak. Memandangkan cuti sekolah tinggal beberapa hari saja lagi, ajaklah anak-anak beriadah bersama. Boleh mengeratkan talian kekeluargaan disamping boleh bergembira bersama keluarga tercinta.

Hari ini, saya menyiarkan menu kukus je, dim sum ataupun siaomay. Dim Sum ni buat bersama anak pagi tadi. Selepas anak siapkan kerja sekolah, saya pun mengajak dia sediakan hidangan tengahari. Gambar kat bawah tu la hasil kerja kita anak-beranak. Memang tak kemas, tapi puas hati sebab buat sendiri kan. Walaupun dapur jadi hiruk-pikuk, tapi masa ni la kita dapat melihat perkembangan dan secara tak langsung memupuk anak kita berdikari.




Bagi resepi isi dim sum, saya ambik dari blog 1001resepi. Kalau nak tengok resepi asal boleh klik SINI. Blog kak ida banyak resepi menarik dan mudah difahami. Oh ya, mohon untuk kongsi resepi kat sini. Semoga kak ida terus maju dalam menyiarkan hasil seni memasak yang dapat dikongsikan bersama.

Bahan-bahan:   Isi ( filling )
1. 3-4 keping dada ayam - kisar lumat - saya guna daging kisar ramly
2. 4 keping cendawan kering -  tak de -  saya ganti dengan daun bawang - cincang halus
3. 1/2 cawan sengkuang - tak de - ganti dengan lobak merah - cincang halus
4. 3 sudu besar bread crumbs - saya guna 2 sudu besar
5. 2 sudu besar daun ketumbar - cincang halus
6. 1/2 sudu kecil garam 
7. 1/2 sudu kecil gula
8. sedikit lada hitam dan serbuk perasa.
9. kulit wantan

Cara-cara:
Panaskan periuk kukusan.
Dalam mangkuk yang besar, gaulkan kesemua bahan ( 1-8 ) hingga sebati. 
Setelah sebati, ambil kulit wantan cedokkan isi daging kedalamnya ( jangan isi penuh ).
Letakkan dim sum yang telah siap dan kukus selama 15 minit.
Dim Sum boleh dihidangkan dengan sos perencah dan kicap.



Bahan-bahan:   Jus Tembikai
4 potong tembikai - buang biji dan kulit - potong kecil2.
10 ketul ais kiub

Cara-cara:
Blenderkan tembikai yang dipotong kecil tadi bersama ais kiub.
Tuangkan dalam gelas hidangan. 
Dah siap. Boleh terus minum.


Saya sempat menyediakan jus tembikai yang ringkas dan berperisa original. Tak letak bahan tambahan dalam jus tembikai ni. Rasanya segar dan sememangnya nyaman sejuk turun kat tekak. 

Kalau nak buat buah-buahan lain pun boleh juga. Cuma pastikan kombinasinya ya. jangan sampai tercirit-birit pulak. Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera. Tuan badan lagi arif tentang badan sendiri kan?.ok jumpa di kesempatan lain.

Selamat Mencuba. 


No comments:

Post a Comment