Thursday, March 14, 2013

Maggi Goreng Cheese

Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Sejuk cuaca pagi ni. Buat mata mengantuk je. Hari ni saya paparkan menu ringkas Maggi Goreng Cheese. Penggemar cheeses mesti suka kan? Masak maggi ni untuk anak. Habis je sepinggan, anak kata ibu esok buat lagi ya. Ha tu la penangan maggi. Tapi saya bagi anak makan maggi seminggu sekali je. Makan maggi banyak sebenarnya tak berapa elok untuk pertumbuhan kana-kanak. 

Resepi maggi goreng ni saya ambil dari rumah Cik Mat, yang sememangnya kaya dengan pelbagai hidangan moden dan tradisional. Saya ubahsuai sikit untuk menepati selera anak. Mohon izin untuk panjangkan resepi kat sini. Kalau nak tengok resepi asal klik SINI

Tengok gambar maggi goreng cik Mat terliur saya. Sebab tu la nak mencuba resepi ni. Cuma saya tak guna seafood. Anak alah pada makanan laut. Ganti dengan daging burger lembu Ramly. Pastikan Ramly baru beli. Iklan jap. Hehe 


Sumber: Cik Mat







Bahan-bahan:
1 bungkus maggi - perencah asingkan
1 keping daging burger lembu - goreng ( potong dadu ) dan ketepikan
1 batang rumpai laut yang telah dibersihkan dan digoreng kering - potong halus2. Ketepikan
2 biji bawang merah - hiris halus
1 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 camca sos tiram
1/2 sudu kecil sos ikan - tak letak - ganti dengan pati tumix
sedikit parutan cheese - tabur
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air


Cara-cara:

  1. Celurkan maggi hingga lembut. Kemudian angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan sos tiram, dan pati ayam tumix.
  3. Masukkan daging burger. Kacau dan masukkan sedikit air. Sebatikan.
  4. Akhir sekali, masukkan maggi dan gaul rata. Angkat dan hidangkan.
  5. Taburkan dengan parutan cheese dan gorengan rumpai laut.






Ikut suka nak letak bahan tabur atas maggi. Pentingnya boleh turun kat tekak kan. Sampai jumpa.


Selamat Mencuba. 

No comments:

Post a Comment