Nuffnang Ads

Friday, March 15, 2013

Daging Goreng Kering

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua. Di hari yang ceria dan indah ini, ingin saya kongsikan menu hidangan makan malam kita semalam, daging goreng kering dan terung bakar. Suami lebih pada masakan kampung. Ini pun salah satu hidangan kegemarannya.

Resepi ni tengok kat blog Potret Kasih. Kalau nak tengok resepi asalnya klik SINI. Terima kasih Wana untuk resepi ni.

Hari tu tengok tv tentang masakan, hos ialah Chef Sabri Hassan. Sambil-sambil chef memasak tu, ada dikongsi bersama beberapa tips tentang makanan. Kata chef Sabri, penyediaan makanan tersangat lah penting, makanan baik adalah makanan yang disediakan dalam masa tiga jam. 


Jadi kalau nak merasa sesuatu hidangan yang enak dan segar, pastikan ia dipesan baru masak ( kat kedai ). Kalau kat rumah, ibu-ibu boleh  membajet masa untuk memasak hidangan. Dengan ini, keluarga kita akan mendapat hidangan yang terbaik sepanjang masa. Kredit to chef Sabri untuk info.



Bahan-bahan:
300gm daging lembu
1 labu bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang putih  - diketuk
2-3 hiris halia
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
5-6 tangkai cili padi - tak letak
Sedikit serbuk kunyit - saya letak sikit je ( anak tk suka bau kunyit )
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menggoreng
Air secukupnya

Cara-cara:
Daging dihiris nipis - bersihkan dan toskan.
Gaul daging dengan garam dan serbuk kunyit.
Dalam kuali, masukkan air dan masak daging hingga air kering (guna api sederhana).
Kalau daging belum empuk, tambahkan air dan biarkan seketika hingga daging lembut.
Bila daging dah empuk, masukkan 3 sudu minyak masak kedalam kuali berisi daging tadi.
Gorengkan daging seketika kemudian barulah dimasukkan bawang besar, bawang putih dan halia.
Kacau daging sehingga bawang layu, masukkan sos tiram, kicap manis dan lada sulah. Sebatikan.
Perasakan. Bila rasa dah sesuai, tutupkan api dan boleh lah dihidangkan.


Ni hidangan sampingan. Terung bakar.

bakar terung dengan api kecil

kupaskan kulit terung


 letakkan dalam pinggan hidangan


Terung kita makan cicah dengan budu je. Sedap. Aroma yang keluar dari terung bakar ni, memang mabeles la. Buat kita teringat kat kampung halaman.


Hidangan ringkas dan mudah disediakan. Kalau rindu masakan kampung, cubalah resepi ni. Hilang rindu dendam. 


Selamat Mencuba.

2 comments:

  1. nampak menyelerakan betul terung bakar tu kan... kalau cicah dgn budu atau sambal belacan memang best...lebih2 lg bersama daging goreng kering tu... kombinasi lauk yg sgt menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wana..budu satu kemestian kat umah..stok budu pun tak pernah putus..keke..

      Delete