anak suka makan PanCake dengan gula aising..just tabur atasnya..
Sumber: CT Delima
Bahan-bahan:
3 sudu besar butter - boleh guna minyak jagung atau minyak masak
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula - tak letak
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - tak letak
secubit garam
gula aising - untuk tabur
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan dan blend sebatikan - saya guna whisk je
- Biarkan adunan selama 10minit.
- Sambil tu, panaskan kuali non stick dengan api kecil. sapu sedikit mentega dan lap dengan paper towel.
- Tuangkan sesudu adunan ditengah kuali non stick.
- Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih ( berlubang2 ).
- Biarkan seketika, bolehlah diangkat.
Note: saya guna kuali bulat non stick..sebab tu hujung tepi PanCake ni nampak nipis je..seelok-eloknya guna kuali leper non-stick.
Tak rugi mencuba..sssedap..puas hati...
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment