Thursday, December 13, 2012

Sup Ayam

Salam, rancang nak makan apa tengahari ni? ringan ke berat? selamat menjamu selera jangan lupa minum banyak air..sekurang-kurangnya 8 gelas sehari..air penting bagi  menjamin kesihatan tubuh badan kita..lagi dengan keadaan cuaca yang kejap panas kejap mendung..suhu badan pun naik turun..satu lagi, sila pastikan payung sentiasa disisi..teman dikala hujan..
Tengahari ni, cuma masak sup ayam je..resepi ni dari rumah kak anymz (mykitchen)...jemput ke dapur...Kak anymz izinkan saya share resepi kat sini..makasih.




Sumber: kak anymz (my kitchen)
Tester  : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com


Bahan-bahan:
2 1/2 kg ekor ayam - bersihkan, potong dan toskan
2 batang serai - dititik*
8 ulas bawang kecil - hiris halus*
5 ulas bawang putih - hiris halus*
1 sm halia - diketuk*
2 helai daun limau purut
2  kiub pati ikan bilis
2 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
1-2 biji limau kasturi
cili padi hiris halus
rempah 4sekawan - bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis
daun ketumbar - ganti daun bawang -hiris nipis
daun sup - hiris nipis
Bawang goreng
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis ( 5 sudu besar)
Air secukupnya - dalam 8-10 gelas 



Cara-cara:
Masukkan ayam kedalam periuk, tuang air (8-9gelas) - sehingga menutupi daging ayam.
Masukkan serai, daun limau purut (2 helai), daun sup (2 tangkai).
Reneh sehingga ayam empuk (kalau belum empuk, tambahkan air). 
Tambahkan garam dan kiub pati ikan bilis. Perlahankan api.
Didalam kuali yang lain, tumis rempah 4sekawan dan bahan bertanda * sehingga keperangan. Tutup api.
Tuangkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk yang berisi rebusan ayam.
Masukkan lada hitam, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
Perasakan garam. Kalau dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api.
Angkat.


Note: Taburkan daun sup, daun bawang, bawang goreng, cili potong dan limau nipis bila nak dihidangkan..
Macam kak amnymz kata, sup ayam ni boleh dimakan dengan ikan goreng kerisi ataupun dengan sambal..yang penting hati suka dan perut pun gembira..


Nak tengok resepi asalnya sila klik kat SINI


Jumpa di entri akan datang..


Selamat Mencuba.












Wednesday, December 12, 2012

ayam goreng kunyit kosong

Assalamulaikum...

Selamat petang semua..nak update entri yang biasa biasa je hari ni..boleh pakai ke tajuk entri ni..boleh lah kot..tuan rumah demam selesema..tak larat..makan malam pun dah siapkan awal sikit..ni pun baru lepas memasak je..tangkap gambar, upload  dan terus tulis entri..lagi satu malam ni ada vokal bukan sekadar rupa..tak nak terlepas..tengok tau..kali ni saya ikut resepi dari blog kak nor secubit garam..kak nor buat nasi ayam goreng..tapi saya tak buat nasi..cuma ikut resepi ayam goreng tu je..mohon laluan ye kak nor..makasih..kita share resepi kat pondok tersorot ni..hehe..
Resepi ni saya tak ikut 100%..nak sesuaikan dengan selera anak..
jom kita semak resepinya..




Sumber: kak nor secubit garam , Ika
Tester:   ibuayah-loveofmylife.blogspot.com


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 12- bersihkan dan toskan
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk kunyit
2 cawan minyak untuk menggoreng
Timun - hiasan
Tomato - hiasan


Cara-cara:
Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
Perapkan dalam 20minit kemudian goreng macam biasa - biar moist sikit (jgn garing).
Goreng sehingga berwarna kuning keemasan(perang).
Angkat dan toskan.
Hiaskan dalam pinggan dan bolehlah dihidangkan.






Kalau nak tengok resepi asalnya bolehlah klik kat SINI



Ayam goreng oh ayam goreng..ayam goreng berempah..ayam goreng kunyit..ayam goreng kfc..memang menjadi pujaan hati semua orang..bagi yang suka mencuba kepelbagaian hidangan masakan ayam..bolehlah mencuba resepi  diatas...dijamin ringkas, mudah dan cepat..


Selamat Mencuba.

Monday, December 10, 2012

perut lembu masak kari

Salam semua, dah makan tengahari ke? saya dah makan nasi putih dengan perut lembu masak kari..rumah dah bau macam restoran mamak dah..huhu..tak pe..febreeze kan ada..sembur je..hilang bau..nyaman rasa...nyaman + kenyang =mengantuk..kenyang perut suka hati..
Oh ya, skodeng resepi ni kat blog sinar kehidupanku..kak yatie saya kongsi resepi kat sini ye...makasih.
Tapi, saya dah tukar bahan ayam tu dengan perut lembu..boleh yek..nak tau macam agaknya rasa kalau perut lembu dimasak kari..tak pernah makan..tu nak tau rasanya..sebab tengok kat kedai mamak ada sardin dimasak kari..yang lebih pelik saya pernah tengok kacang botol dimasak kari..memang hitamlah warnanya..mula tu ingat daging masak hitam..bila tengok dekat rupanya kacang botol..mamak oh mamak..semua benda engkau nak masak kari..
Pada tetamu kat luar sana, sila lah menjamu mata  dan jangan lupa tulis resepinya..jangan juga tak cuba...apa apa pun, yang penting masakan yang kita sediakan, menggembirakan keluarga kita...kak yatie resepi ni best la..kalau nak tengok resepi asalnya klik kat SINI ...




Sumber: sinar kehidupanku (kak yatie)
Tester  :  ibuayah-loveofmylife.blogspot.com



                                                         perut lembu masak kari




Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam - potong 16, cuci, toskan - ganti dgn perut lembu (bersihkan dan rebus  sehingga empuk kemudian toskan)
  • 4 tangkai daun kari
  • 1 labu bawang besar - tak de stok habis
  • 6 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • minyak masak untuk menggoreng ayam dan menumis rempah
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk kunyit


Bahan Kisar:
30 tangkai cili kering - saya guna 3sudu besar je - tak nak pedas sangat
1 labu bawang besar - tak de
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sm halia
1 batang serai
2 sudu besar udang kering.





Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  2. Gaul perut dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak dan ketepikan.
  3. Tinggalkan dalam 1/2 cawan minyak untuk menumis daun kari. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan perut yang telah digoreng separuh masak tadi, diikuti garam dan gula secukup rasa. Kacau rata sehingga sebati.
  6. Biarkan sehingga perut masak. Setelah itu, tutupkan api dan tuangkan jus limau kasturi. Gaul sekali lagi.
  7. Dah siap. Bolehlah dihidangkan.

 

Note: Saya makan kari perut ni dengan nasi putih je..mabeles..kuahnya pekat memang ala-ala mamak..tapi bau kari tak kuat sangat..yang sedang-sedang saja..ngam-ngam gitu..memang layan punya..masak jangan tak masak..



Selamat Mencuba.








Sunday, December 9, 2012

Sup tulang ala chef hanieliza


Salam di hari minggu, tentu penat seharian berjalan ya..biasalah hari ni kan hari cuti..hari bersama keluarga..hari yang orang mesti keluar jalan-jalan..tak kisah lah jalan window shopping ke...jalan cari makan ke..or saja jalan makan angin ke..yang penting keluarga gembira...tu yang penting kan..
Malam ni menu kami sekeluarga ringkas je..sup tulang campur..daging lembu dan tulang kambing..moobeekk...moobeekk..ha kan dia memanggil dah...makan sup masa sejuk-sejuk ni mesti best..
 
Resepi sup tulang ni dari Chef Hanieliza..sup yang saya buat ni, dah diubahsuai sikit..harap chef tak marah..
 
Jom kita layan sup tulang campur..
 

 
 



Sumber:  hanieliza.blogspot.com
Tester  :  ibuayah-loveofmylife.blogspot.com



Bahan-bahan:
  • 1kg tulang berdaging - saya campurkan daging lembu & kambing
  • 2 sudu besar minyak makan(masak)
  • 2 sudu besar rempah kurma/sup - bancuh dengan sedikit air (jadikan pes)
  • 4 biji kentang (belah 4) - ni saya tak letak
  • 1 batang lobak merah (potong kecil) - ni pun tak letak
  • 1 helai daun sup dan daun bawang - hiris nipis - untuk tabur
  • 1 batang serai - ketuk
  • 2 biji tomato - belah 4 - yang ni pun tak letak
  • air secukupnya
  • garam secukupnya
  • bawang goreng - untuk tabur
  • limau nipis

Bahan tumbuk:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1/2 sudu kecil lada hitam


Bahan Rempah Tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga



Cara-cara penyediaan:
  1. Tulang dipotong kecil. basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak untuk menumis bahan tumbuk dan rempah tumis.
  3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau ata.
  4. Rebus sehingga daging tulang betul-betul lembut.
  5.  Masukkan air dan garam.
  6. Biarkan reneh sehingga lobak merah dan kentang lembut.
  7. Tutupkan api.
  8. Angkat dan hidangkan. Taburkan daun sup, bawang dan bawang goreng diatasnya.


Note: Tak letak kentang, lobak merah dan tomato sebab nak rasa keaslian sup tulang daging lembu dan kambing tu sendiri..

Sup ni rasa dia lebih kepada rasa kampung sikit, sebab saya hanya gunakan garam sebagai perasa..memang niat tu nak biar rasa original daging ni tak lah ditutupi sangat oleh bahan rempah yang dicampurkan..

Ni buat eksperimen saya je..kalau nak tau resepi asalnya bolehlah ke blog chef hanieliza
di hanieliza.blogspot.com


Selamat Mencuba.

Saturday, December 8, 2012

labu kuning udang kering goreng

Salam semua, hari ni saya masak ringkas je..labu kuning udang kering goreng...saya sebenarnya tak berapa menyukai buah labu kuning sedikit cendawaning ni..walaupun warnanya orange menarik tertarik de boom..masih tetap gagal menarik hatiku...hehe..kita bermadah berhelah dulu ya...gurau je..bukan salah buah labu kuning dia dipinggirkan oleh ku..salah tekak kerongkong ku kot..tapi tu semua boleh berubah kan..step by step gitu..slow motion..lama-lama dah biasa..macam saya leh ni..hari ni saya masak labu kuning cili udang kering ni tau..tak percaya ..tengok gambar kita kat bawah tu...labu oh labu sedap juga kau ye..haku je yang tak pandai menilai kecantikanmu kan..maafkan haku..mulai hari ni boleh la engkau masuk dalam senarai barangan dapur yang wajib dibeli..

Ada ubahsuaian sedikit saja, supaya menepati piawaian seleraku. harap dihalalkan.

Resepi yang saya sediakan hari ni dipetik dari resepi sis Hasue..

Kepada tuan punya resepi, izinkan saya menepekkan resepi kat sini ye..makasih.




Sumber : Sue-hasue.blogspot.com
Tester   : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com



                                                  labu kuning udang kering goreng




Bahan-bahan:
  • 200g labu kuning - kupas, potong dadu
  • 2 ulas bawang merah - tumbuk lumat ( saya tak letak) *
  • 1-2 ulas bawang putih -tumbuk lumat (saya potong kasar)*
  • 1 tangkai cili merah - tumbuk lumat (saya guna untuk tabur je)*
  • Segenggam udang kering/ikan bilis - saya guna udang kering*
  • Daun sup - saya suka bau dau sup ( kalau tak nak x pyh letak)
  • 1/2 sudu makan belacan - saya ganti dengan sos ikan
  • cendawan butang - bersihkan dan tos
  • Perasa garam, ajinomoto dan gula - saya guna pati ayam tumix , gula tak letak
  • Minyak untuk menumis.



Cara-cara:
  1. Panaskan kuali. Bubuh minyak untuk menumis bahan bertanda * cendawan butang dan daun sup. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan labu dan gaul rata. Perlahankan api.
  3. Masukkan sedikit air jika labu masih keras. Kacau rata.
  4. Setelah labu empuk, masukkan bahan perasa secukup rasa.
  5. Tutupkan api. Angkat dan bolehlah dihidangkan.



Note: Saya suka versi kering sedikit, so saya tak tambahkan air cuma kecilkan api biar masak sekata. Bila nak dihidangkan, tabur sedikit udang kering dan cili merah atas labu..untuk menambahkan thrill pada mata..bak kata pepatah, dari mata turun kehati..betul tak..


Sedap la..masak pun cepat..percayalah..korang cuba pastu komen lah sendiri..hehe..cuba tau..
Makasih pada sis Hasue untuk resepi yang sedap ni...nanti saya skodeng resepi lain pulak ye...


Selamat Mencuba.











Wednesday, December 5, 2012

Kari Ayam Kering Ala Rendang



Salam, dari pagi dok fikir apa saya nak masak petang ni ye..idea kering dah..nak cuba masakan orang putih, kompom tak laku dalam rumah ni..selera kampung sebenar-benarnya la katakan..jalan punya jalan jatuh balik kat resepi mat gebu kari ayam kering ala rendang..yang ni kompom sehingga menjilat jari la..cik abang kita peminat masakan kari..kari lembu ke..kari ayam..kari kambing ke..semua bedal punya lah..kari, gulai memang tak pernah miss masak dalam seminggu..
tak sabar nak merasa kari ayam ala rendang ni..sebaik je selesai memasak saya terus ambik gambar..terus tulis entri..cepat semacam je ye..hehe..ada program favourite malam ni... Vokal Bukan Sekadar Rupa..tu la pasai maknya cepat bagai nak rak tu...nak duduk depan tv rupanya..



Ada juga penambahan dan pengurangan bahan yang saya ubahsuai sikit je, supaya menepati selera tekak sang suami dan anak..harap cik mat gebu tak marah ye..saya mohon ulang tayang resepi kat sini..makasih.





Sumber : dapurtanpasempadan.blogspot.com
Tester   : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com



Bahan-bahan:

  • 800gm ayam - bersihkan, potong ikut suka dan toskan.
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 2 keping asam gelugor
  • 21/2 camca besar rempah kari - bancuh dengan 1/2 cawan air ( saya guna kari faiza)
  • 3 camca besar cili kisar - saya kurangkan kepada 1 camca ( anak tak suka pedas)
  • 800ml santan - kurangkan kepada 500ml 
  • 3 camca besar madu - ganti dengan gula 


Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras


Bahan Tumis:
3 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang puith - dihiris
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis



Cara-cara:

  1. Panaskan kuali, bubuh sedikit minyak masak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis sehingga berbau harum.
  2. Masukkan bahan yang dikisar kedalam kuali, diikuti  dengan cili kisar dan rempah kari.Tumiskan sehingga naik minyak. Setelah itu masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut.
  3. Tuangkan santan dan asam gelugor kedalam kari ayam dan masak sehingga kering.
  4. Masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa - ikut citarasa la
  5. Gaul rata biar rempah sebati. Biarkan seketika. Tutupkan api.
  6. Angkat dan hidangkan panas.



Note: Kari Ayam Kering Ala Rendang ni, saya buat agak kering kontang sikit..sampai minyak terkeluar..rujuk gambar kat atas..kalau tak suka kering sangat boleh lah ikut resepi asal dari mat gebu dapurtanpasempadan.blogspot.com.


Selamat Mencuba.



Tuesday, December 4, 2012

pau gebu inti ayam BBQ

 
Assalamualaikum...berjumpa kita di petang hari yang mendung tak berawan..gelap dah menjelma..hujan dah pun turun mencurah-curah lebatnya..cite pasal ujan ni, kebetulan tengah tulis blog hujan, kilat sambung-menyambung..sempat gak terpandang kilauan kilat kat langit..maha agung karya Allah..panjang cite pulak ni..jomlah ke tajuk seterusnya...pau gebu inti ayam BBQ..pau ni buat pagi tadi atas permintaan anak..masa nak buat pau ni ada story tersembunyi...dapur gas tak leh pakai..tak leh nak mengukus..gas habis..fikir punya fikir saya pun gunalah periuk nasi untuk kukus kan pau ni... Alhamdullilah..pau kembang dan masak sekata..tapi lu la...kertas minyak basah sikit..jadi pau yang saya buat tak berapa cantik keluarnya.. resepi ni tengok kat blog my1981-storyofmylife..resepi asal doh pau dari mat gebu..saya mohon tepek resepi kat sini ye..makasih.




 
Untuk membuat pau ni, saya dahulukan buat intinya sebab ia memakan masa sedikit..bahan inti kena perap terlebih dahulu baru boleh diletakkan dalam pau.
 
Bagi membuat inti pau, saya tertarik nak mencuba inti ayam BBQ dari blog rempahratus..
mohon izin tuan resepi untuk share kat sini..terima kasih.
 




 
Sumber : rempahratus.blogdrive.com
Tester   : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com
Bahan-bahan: Untuk Inti Ayam
  • 1/2 pound isi ayam hiris kasar
  • 1/2 cawan sos barbeku
  • 3 sudu besar bawang merah dihiris halus
  • 1/3 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu besar kicap hitam - tak de guna kicap pekat tamin
  • 1 sudu besar minyak sayuran
  • 1 sudu besar gula - saya kurangkan kepada 1 sudu kecil
 
Cara penyediaan Inti:
  1. Gaul ayam, sos barbeku, bawang merah, air rebusan ayam, kicap hitam, minyak sayuran dan gula.
  2. Perap dalam peti sejuk selama 6 jam - saya cuma perap selama 3 jam (anak nak makan cepat).
  3. Akhir sekali, panaskan kuali bubuh sedikit minyak dan tumiskan bahan yang diperap tadi.
  4. Angkat dan sejukkan sebelum diguna.



 
 
Sumber :  my1981-storyofmylife ;  dapurtanpasempadan.blogspot.com
Tester   :  ibuayah-loveofmylife.blogspot.com
 
 
Bahan-bahan: Untuk Resepi Doh - pau
  • 240g tepung hong kong
  • 1 sk double action baking powder  + 1/2 sk garam
  • 1 sk yis - saya guna mauripan
  • 25g shortening - lemak sayuran
  • 10helai kertas minyak
Larutkan:
100ml air suam
30g gula halus
1/2 sk cuka

 
Cara-cara:
  1. Didalam bekas, satukan tepung hong kong, yis, garam, double action baking powder dan shortening. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
  2. Masukkan campuran air suam, gula halus dan cuka yang telah dilarutkan tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Uli selama 15minit kemudian perapkan doh selama 45minit. Tutupkan dengan kain lembap.
  3. Selepas 45minit, keluarkan doh dan tumbuk-tumbukkan doh untuk membuang angin. Bahagikan kepada 10 bahagian. Untuk dapat pau besar sekata, apakata guna penimbang lebih kurang 40g setiap doh..kalau dah biasa juz agak-agak je la..
  4. Sediakan kertas minyak yang telah disapu dengan shortening .
  5. Ambil doh dan masukkan inti dengan meleperkan sedikit di bahagian tengah. - saya guna sudu makan untuk bubuh inti supaya lebih kemas dan sekata isinya. Tutup kemas doh. Ulangi sampai doh habis diisi inti.
  6. Perapkan doh dalam 20minit lagi.
  7. Sementara itu, panaskan kukusan biar hingga betul-betul mendidih.
  8. Balutkan penutup kukusan dengan aluminium foil sebelum mengukus.
  9. Setelah air mendidih bolehlah masukkan pau dan kukuskan selama15 minit.. 
  10. Angkat dan hidangkan panas-panas. 
 
Bagi saya la, walaupun penyediaan pau ni makan masa, tapi puas hati sebab kita tau tahap kebersihan dan kesegaran pau ni..kalau beli kat luar entah dah berapa hari dibuat still dijual lagikan..lagi satu..kita tak pasti macam mana kebersihannya...pau ni lembut..saya dah cuba..anda kat luat kalau ada masa lapang silalah mencuba resepi pau ni...
 
 
Selamat Mencuba.