Monday, November 2, 2015

mee goreng 5minit

ibuayah-loveofmylife@blogspot.com


Assalamualaikum..selamat petang semua..  mee goreng biasa-biasa yang ringkas dan cepat dimakan..he..he..ni la mee goreng 5minit campur campak.. haha.. suami kata rasa macam mee kat asrama je.. tak pe,  yg penting tekak boleh terima..uoools kat luar sana tu, jangan lupa cuba tau..sekali makan rasa nak tambah lagi..ye ke.. klu nak tau.. kenalah cuba kan..mana tau rasa sedikit nak sepinggan lagi..terbatuk pula saya.. huk.. huk.


Bahan-bahan
mee kuning 1pkt-basuh & tos
*6 ulas bawang putih-byk lg sedap
*1 ulas bawang merah
*10 keping cili kering-rebus,  toskan - buang bijinya 4potong timun hiris nipis
cili padi hijau- dipotong halus
tumix-letak 1/2 sudu teh
gula-secubit, kicap hitam, sos tiram, 1/2gelas air-kuah
tauge @ sawi bunga
isi ayam, fishball, udang(rebus dulu)
sos cili - brand-suka hati


Cara-cara

Tumbuk bahan bertanda*
Panaskan kuali-api besar Tumis bhn*sehingga garing Setelah itu, masukkan isi ayam,fishball,udang, 
kicap hitam, tumix, sos tiram, sos cili dan gaulkan sebati(guna api sederhana)
Kemudian masukkan sawi @ taugeh..kacau rata. Masukkan 1/2 gelas air(besarkan api besar) Pastikan kuah agak pekat barulah masukkan mee. Kacau dan balik balikkan mee(dlm 2mnt)..Dah siap
Angkat dan hidangkan. Makan semasa panas-panas lagi sedap.

Saturday, October 31, 2015

Assalamualaikum

Syukur ke hadrat Illahi bertemu kita kembali di hari yang indah cerah selepas jerebu panjang melanda negara. Salam perkenalan untuk semua setelah diri ini menyepi hampir 2tahun. Godek barang-barang lama terjumpa la satu benda yang memflashkan kembli memori ini. So here i am, i'm back.  Thank you all still luangkan masa jenguk-jenguk page kita yang dah lama ditinggalkan tuannya. Semoga persahabatan alam maya kita semua perkekalan hingga ke akhirnya. Amin.

Friday, March 29, 2013

Roti Canai

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah masih diberikan Allah kesempatan bernafas atas muka bumi ni. Terima kasih ya Allah atas segalanya.

Minggu cuti  persekolahan pun dah nak sampai ke penghujungnya. Jalanraya pun akan kembali sibuk seperti sebelumnya. Bagi yang bekerja ataupun yang menghantar anak ke sekolah, jangan lupa untuk keluar awal. 

Berbalik pada masakan, pagi ni saya menyediakan sarapan yang biasa-biasa saja. Sebenarnya, doh ni saya sediakan malam semalam. Pagi ni cuma tebar je la. Roti canai memang kesukaan anak. Dia seorang boleh habiskan 2 keping roti. Tapi dia hanya nak suka cicah dengan kuah dhal dan susu pekat. Kadang tu saya kawal sikit pemakanan nya. Budak-budak kan suka makan benda yang manis-manis ni. Iya lah semua benda kalau ambik berlebihan membawa keburukan. Jadi baik kita berjaga sebelum terkena.

Resepi roti canai ni dari blog kurniaanmu. Saya mohon kongsikan resepi kat sini. Kalau nak tengok resepi asalnya SINI. Dah cuba  banyak resepi roti canai, tapi yang ni, memang terbaik lah. Terima kasih Ijayuji. Saya copy paste je ye.



Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega 
1-1/2 cawan air - guna 3/4 cawan
secukup garam -  saya letak 1/2 sudu teh


Cara-cara:

  1. Air + garam + susu = dikacau = Bahan A
  2. Bahan A dicampur sedikit demi sedikit dengan tepung(uli secara manual). Kalau guna mesin, campurkan kesemuanya.
  3. Masukkan minyak masak.
  4. Masukkan marjerin.
  5. Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh siap, tutupkan dengan kain lembap dan rehatkan selama 30 minit.
  6. Bulatkan doh kecil-kecil dalam 75gm-90gm setiap satu ( adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai.
  7. Kemudian saluti dengan marjerin untuk mengelakkan ia dari melekat.
  8. Tinggalkan selama 2 jam (saya tinggalkan semalaman).
  9. Keluarkan doh dan mulakan menebar roti. Bentuk ikut suka segi empat ataupun pusing/sanggul.
  10. Panaskan atas api kecil. Selepas roti dah siap, tepukkan dengan kedua belah tangan. 
  11. Siap.Hidangkan. Kuah ikut suka.



Petua untuk buat roti canai:
untuk menjadikan roti canai itu LIAT - bubuh minyak
untuk menjadikan roti canai itu CRISPY - bubuh gula atau tambah susu pekat manis
untuk menjadikan roti canai itu lembut hingga ke petang - uli dengan air sejuk/ais.


Terima kasih ijayuji mengetengahkan resepi ni. Tak lupa juga kepada tuan punya resepi NICEGHOST FNR dan sumber Hana Hana's Family. Tak rugi mencuba. Gua cakap sama lu, berbaloi-baloi. Tak tipu punya. Betul. Terbaik. Hehe.


Selamat Mencuba.




Wednesday, March 27, 2013

Salad Sayuran

Assalamulaikum,

Salam sejahtera semua. Dah fikirkan menu apa untuk makan malam?. Kalau belum, apakata cuba hidangan sampingan ni, salad sayuran. Salad ni tak begitu berat dan rasanya pun segar. 




Bahan-bahan:
1 biji tomato ranum - potong nipis
1 labu bawang merah - hiris halus
1 labu bawang besar - hiris halus
1 batang lobak merah - potong kiub - rebus dan toskan
broccoli - potong kecil - celur dan toskan
1 sudu besar jus lemon - ambil jus 
5 biji bebola ayam/daging - potong dua - rebus dan toskan
garam/tumix, lada hitam

Cara-cara:
Gaulkan kesemua bahan.
Tambahkan garam dan lada hitam.
Akhir sekali, tuangkan jus lemon.
gaul sekali lagi. Sebatikan. Hidangkan.

Sesekali merasa hidangan macam ni, bagus untuk kesihatan. Boleh kurangkan lemak badan gitu.hehe.

Selamat Mencuba.







Dim Sum Halal

Assalamualaikum,

Di rabu yang mendung berangin ni, buatkan saya rasa mengantuk je sepanjang hari. Cuaca yang macam ni memang kena duduk dalam rumah je la. Sambil-sambil berehat kat rumah, boleh lah beraktiviti dengan anak-anak. Memandangkan cuti sekolah tinggal beberapa hari saja lagi, ajaklah anak-anak beriadah bersama. Boleh mengeratkan talian kekeluargaan disamping boleh bergembira bersama keluarga tercinta.

Hari ini, saya menyiarkan menu kukus je, dim sum ataupun siaomay. Dim Sum ni buat bersama anak pagi tadi. Selepas anak siapkan kerja sekolah, saya pun mengajak dia sediakan hidangan tengahari. Gambar kat bawah tu la hasil kerja kita anak-beranak. Memang tak kemas, tapi puas hati sebab buat sendiri kan. Walaupun dapur jadi hiruk-pikuk, tapi masa ni la kita dapat melihat perkembangan dan secara tak langsung memupuk anak kita berdikari.




Bagi resepi isi dim sum, saya ambik dari blog 1001resepi. Kalau nak tengok resepi asal boleh klik SINI. Blog kak ida banyak resepi menarik dan mudah difahami. Oh ya, mohon untuk kongsi resepi kat sini. Semoga kak ida terus maju dalam menyiarkan hasil seni memasak yang dapat dikongsikan bersama.

Bahan-bahan:   Isi ( filling )
1. 3-4 keping dada ayam - kisar lumat - saya guna daging kisar ramly
2. 4 keping cendawan kering -  tak de -  saya ganti dengan daun bawang - cincang halus
3. 1/2 cawan sengkuang - tak de - ganti dengan lobak merah - cincang halus
4. 3 sudu besar bread crumbs - saya guna 2 sudu besar
5. 2 sudu besar daun ketumbar - cincang halus
6. 1/2 sudu kecil garam 
7. 1/2 sudu kecil gula
8. sedikit lada hitam dan serbuk perasa.
9. kulit wantan

Cara-cara:
Panaskan periuk kukusan.
Dalam mangkuk yang besar, gaulkan kesemua bahan ( 1-8 ) hingga sebati. 
Setelah sebati, ambil kulit wantan cedokkan isi daging kedalamnya ( jangan isi penuh ).
Letakkan dim sum yang telah siap dan kukus selama 15 minit.
Dim Sum boleh dihidangkan dengan sos perencah dan kicap.



Bahan-bahan:   Jus Tembikai
4 potong tembikai - buang biji dan kulit - potong kecil2.
10 ketul ais kiub

Cara-cara:
Blenderkan tembikai yang dipotong kecil tadi bersama ais kiub.
Tuangkan dalam gelas hidangan. 
Dah siap. Boleh terus minum.


Saya sempat menyediakan jus tembikai yang ringkas dan berperisa original. Tak letak bahan tambahan dalam jus tembikai ni. Rasanya segar dan sememangnya nyaman sejuk turun kat tekak. 

Kalau nak buat buah-buahan lain pun boleh juga. Cuma pastikan kombinasinya ya. jangan sampai tercirit-birit pulak. Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera. Tuan badan lagi arif tentang badan sendiri kan?.ok jumpa di kesempatan lain.

Selamat Mencuba. 


Friday, March 15, 2013

Daging Goreng Kering

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua. Di hari yang ceria dan indah ini, ingin saya kongsikan menu hidangan makan malam kita semalam, daging goreng kering dan terung bakar. Suami lebih pada masakan kampung. Ini pun salah satu hidangan kegemarannya.

Resepi ni tengok kat blog Potret Kasih. Kalau nak tengok resepi asalnya klik SINI. Terima kasih Wana untuk resepi ni.

Hari tu tengok tv tentang masakan, hos ialah Chef Sabri Hassan. Sambil-sambil chef memasak tu, ada dikongsi bersama beberapa tips tentang makanan. Kata chef Sabri, penyediaan makanan tersangat lah penting, makanan baik adalah makanan yang disediakan dalam masa tiga jam. 


Jadi kalau nak merasa sesuatu hidangan yang enak dan segar, pastikan ia dipesan baru masak ( kat kedai ). Kalau kat rumah, ibu-ibu boleh  membajet masa untuk memasak hidangan. Dengan ini, keluarga kita akan mendapat hidangan yang terbaik sepanjang masa. Kredit to chef Sabri untuk info.



Bahan-bahan:
300gm daging lembu
1 labu bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang putih  - diketuk
2-3 hiris halia
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
5-6 tangkai cili padi - tak letak
Sedikit serbuk kunyit - saya letak sikit je ( anak tk suka bau kunyit )
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menggoreng
Air secukupnya

Cara-cara:
Daging dihiris nipis - bersihkan dan toskan.
Gaul daging dengan garam dan serbuk kunyit.
Dalam kuali, masukkan air dan masak daging hingga air kering (guna api sederhana).
Kalau daging belum empuk, tambahkan air dan biarkan seketika hingga daging lembut.
Bila daging dah empuk, masukkan 3 sudu minyak masak kedalam kuali berisi daging tadi.
Gorengkan daging seketika kemudian barulah dimasukkan bawang besar, bawang putih dan halia.
Kacau daging sehingga bawang layu, masukkan sos tiram, kicap manis dan lada sulah. Sebatikan.
Perasakan. Bila rasa dah sesuai, tutupkan api dan boleh lah dihidangkan.


Ni hidangan sampingan. Terung bakar.

bakar terung dengan api kecil

kupaskan kulit terung


 letakkan dalam pinggan hidangan


Terung kita makan cicah dengan budu je. Sedap. Aroma yang keluar dari terung bakar ni, memang mabeles la. Buat kita teringat kat kampung halaman.


Hidangan ringkas dan mudah disediakan. Kalau rindu masakan kampung, cubalah resepi ni. Hilang rindu dendam. 


Selamat Mencuba.

Thursday, March 14, 2013

Maggi Goreng Cheese

Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Sejuk cuaca pagi ni. Buat mata mengantuk je. Hari ni saya paparkan menu ringkas Maggi Goreng Cheese. Penggemar cheeses mesti suka kan? Masak maggi ni untuk anak. Habis je sepinggan, anak kata ibu esok buat lagi ya. Ha tu la penangan maggi. Tapi saya bagi anak makan maggi seminggu sekali je. Makan maggi banyak sebenarnya tak berapa elok untuk pertumbuhan kana-kanak. 

Resepi maggi goreng ni saya ambil dari rumah Cik Mat, yang sememangnya kaya dengan pelbagai hidangan moden dan tradisional. Saya ubahsuai sikit untuk menepati selera anak. Mohon izin untuk panjangkan resepi kat sini. Kalau nak tengok resepi asal klik SINI

Tengok gambar maggi goreng cik Mat terliur saya. Sebab tu la nak mencuba resepi ni. Cuma saya tak guna seafood. Anak alah pada makanan laut. Ganti dengan daging burger lembu Ramly. Pastikan Ramly baru beli. Iklan jap. Hehe 


Sumber: Cik Mat







Bahan-bahan:
1 bungkus maggi - perencah asingkan
1 keping daging burger lembu - goreng ( potong dadu ) dan ketepikan
1 batang rumpai laut yang telah dibersihkan dan digoreng kering - potong halus2. Ketepikan
2 biji bawang merah - hiris halus
1 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 camca sos tiram
1/2 sudu kecil sos ikan - tak letak - ganti dengan pati tumix
sedikit parutan cheese - tabur
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air


Cara-cara:

  1. Celurkan maggi hingga lembut. Kemudian angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan sos tiram, dan pati ayam tumix.
  3. Masukkan daging burger. Kacau dan masukkan sedikit air. Sebatikan.
  4. Akhir sekali, masukkan maggi dan gaul rata. Angkat dan hidangkan.
  5. Taburkan dengan parutan cheese dan gorengan rumpai laut.






Ikut suka nak letak bahan tabur atas maggi. Pentingnya boleh turun kat tekak kan. Sampai jumpa.


Selamat Mencuba.