Sunday, February 24, 2013

Ayam Masak Oren

Salam Ahad semua. Selamat bercuti dihujung minggu. Cuaca pun agak cantik untuk aktiviti luar ni. Bagi yang beraktiviti luar selamat bergembira. Bagi yang beraktiviti macam saya, dalam rumah je, jom kita main masak-masak. Boleh hilangkan boring jap.hehe. Menu hari ni Orange Chicken. Resepi ni kita tengok kat blog storyofmylife. Pertama kali buat hidangan ni, dan rasanya boleh tahan la. Ala-ala lemon chicken gitu.

Inilah hasilnya..


Tak tau nak masak apa dengan buah oren ni, saya pun terus cari mr google. taip punya taip, keluar la banyak orange, oren, lemon, beribu ribu lemon..iklan promosi jap ye. hehe.  Banyaknya resepi. Tak tau nak pilih mana satu. Mata jatuh terpandang kat tulisan orange lemon chicken. Cepat je tangan ni mengklik. Tengok punya tengok bahan-bahan, boleh buat ni, bahan penting yang diperlukan ada kat dapur. Apalagi saya pun terus tekan "safe for offline reading". Jadilah menu makan tengahari. 

Kepada tuan punya resepi dan sumber(storyofmylife), maaf ye, saya gunakan sepenuhnya buah oren. Lemon  tak de. Kurang peminat kat rumah ni. hehe. Saya copy paste je. Izinkan saya kongsi resepi kat sini yer..


Sumber: story of my life


Bahan-bahan:

Bahan A
1 ketul dada ayam 
Maggie cukup rasa - saya guna tumix
Tepung jagung - untuk menyadur
Minyak untuk menggoreng

Bahan B
1 sudu kecil minyak masak
2 biji buah oren -ambil jusnya
1/2 biji lemon - ambil jusnya - x letak
3 sudu kecil gula perang - saya kurangkan kepada 2 sudu kecil
1 sudu madu - tak letak
Air secukupnya

Bahan C
1 1/2 sudu kecil butter
2 sudu kecil tepung gandum


Cara-cara:

  1. untuk bahan A - gaul ayam dengan serbuk tumix, celur dengan telur, salut dengan tepung jagung, goreng hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.
  2. untuk bahan B - panaskan minyak, masukkan jus perahan oren dan gaul rata. Tambahkan air dan gula. Biarkan mendidih sebentar.
  3. Sesuaikan rasa. Tutupkan api. Tapiskan jus untuk mendapat hasil jus yang jernih.
  4. untuk bahan C - Dalam periuk yang bersih, panaskan butter, masukkan tepung gandum, sambil tu kacau selalu supaya tidak berketul/bergentel.
  5. Tuangkan jus oren (yang telah ditapis ) dan hirisan dada ayam yang telah digoreng tadi kedalam periuk. Gaul rata hingga kuah menjadi pekat. Tutupkan api.
  6. Angkat dan hidangkan. Hiaskan dengan hirisan oren.




Menu ni boleh buat makan malam. Apalagi cubalah. Jangan tunggu lama-lama, nanti buah oren buruk. hehe. Selamat memasak. 










Tuesday, February 19, 2013

Sardin Masak Sempoi Bersama Terung

Salam semua. Dah makan tengahari? Kalau belum apakata cuba menu ni, sardin masak sempoi bersama terung. Terasa malas pulak nak buat kerja dengan cuaca sepoi-sepoi ni, mata pun sepoi juga. Kira sardin la jawaban kepada perutku yang tengah berbunyi ni. Resepi ni dari blog Azie Kitchen. Mohon izin share resepi kat sini yer..


 Jom kita cuci mata dengan gambar dulu ya.

             Saya pelbagaikan menu dengan menambahkan sayuran terung dalam sardin ni..



Sumber: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 tin sardin dalam tin - asingkan kuahnya.
1 biji terung - dipotong panjang ( belah empat )
1 biji tomato - dibelah empat
1 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang merah - hiris nipis
1/2 buah bawang besar - potong bulat
1 sudu teh cili kisar
1 biji cili hijau - belah dua ( buang biji )
1/2 gelas air
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Kemudian masukkan cili kisar. Goreng sampai cili kisar masak.
  3. Masukkan ikan sardin dan terung. Biar bergoreng dengan minyak. Biarkan seketika.
  4. Kemudian tuangkan air dan kuah sardin ke dalam kuali. Perasakan secukupnya.
  5. Akhir sekali, bubuh bawang besar dan cili hijau dan tutupkan api.
  6. Hidangan dah siap.




Ringkaskan? Jangan lupa mencuba.

Selamat Mencuba

Monday, February 18, 2013

PanCake

Salam semua..sarapan keluarga pagi tadi, cuma buat PanCake je...anak suka sangat makan PanCake..semalam lagi anak request nak makan PanCake, cuma baru pagi ni berkesempatan sediakan..resepi PanCake ni, saya skodeng kat blog CT Delima..resepi asalnya dari Chef Hajar..izinkan saya share kat sini yer.. menu ni ringkas dan cepat..kalau tak cukup masa atau bangun lewat, boleh lah sediakan menu ni..beberapa minit je dah boleh makan..hehe..




anak suka makan PanCake dengan gula aising..just tabur atasnya..




Sumber: CT Delima


Bahan-bahan:
3 sudu besar butter - boleh guna minyak jagung atau minyak masak
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula - tak letak
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - tak letak
secubit garam
gula aising - untuk tabur


Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan blend sebatikan - saya guna whisk je
  2. Biarkan adunan selama 10minit.
  3. Sambil tu, panaskan kuali non stick dengan api kecil. sapu sedikit mentega dan lap dengan paper towel. 
  4. Tuangkan sesudu adunan ditengah kuali non stick.
  5. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih ( berlubang2 ).
  6. Biarkan seketika, bolehlah diangkat.





Note: saya guna kuali bulat non stick..sebab tu hujung tepi PanCake ni nampak nipis je..seelok-eloknya guna    kuali leper non-stick.



Tak rugi mencuba..sssedap..puas hati...


Selamat Mencuba.





Sotong Udang Masak Merah Bersama Jambu Batu

Salam..tengahari ni saya menyediakan hidangan sotong masak merah bersama jambu batu...jambu batu?..betul la tu..tak silap baca..hari ni resepi datang nya dari blog cik Tom si gadis tomato..izinkan share resepi kat sini yer..


Jom kita menjamu mata dulu..sila kan..






Jambu batu ni saja nak bereksperimen..nak habiskan stok..hehe..resepi ni saya dah olah ikut citarasa orang kat rumah ni..berlaku penambahan bahan dalam menyediakan hidangan ni...mohon pemilik resepi halalkan yer..





Sumber: Cik Tom ( Gadis Tomato )


Bahan-bahan:
500gm sotong - bersihkan (buang tulang belakang), potong kecil dan tos
10 keping udang - bersihkan  (buang urat belakang) dan tos
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 labu bawang merah - tumbuk halus
1/2 labu bawang besar - potong bulat
3 sudu besar cili kisar
2 keping jambu batu - buang biji dan potong dadu
5 biji tomato ceri - tak letak
1 biji tomato segar - di hancurkan ( resepi asal tak letak)
garam masala
minyak untuk menumis


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk halus sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tomato segar(dihancurkan). Kacau hingga menjadi warna merah pekat.
  3. Masukkan sotong dan udang. Bubuh sedikit air dan kacau rata. Tutupkan kuali.
  4. Bila sotong, udang dah empuk, masukkan jambu batu dan bawang besar yang dihiris bulat. Gaul sebatikan.
  5. Perasakan secukup rasa.
  6. Tutupkan api. Bolehlah dihidang. 



Tips: Jangan masak terlalu lama, nanti udang/sotong jadi keras.


 Kalau nak tau rasa jambu batu tu..kena la cuba resepi ni.. 


Selamat Mencuba.

Sunday, February 17, 2013

Ayam Masak Hitam

Salam semua..apakhabar?...semoga semua sihat sejahtera hendaknya...amin..menu ni masak tengahari tadi..resepi kali ni skodeng kat blog sis Yana..izinkan saya share kat sini ye..





Ini kali pertama saya mencuba resepi ayam masak hitam..mulanya ragu-ragu juga nak cuba resepi ni.. takut bila ayam dah masak, orang kat rumah tak minat..ye la..warna hitam ni..bila tengok gerun la juga..hinggakan anak saya kata, ibu kenapa letak warna hitam..nanti pahit la ayam tu..tup..tup..ayam pun masak...jangan tak caya..orang pertama yang mencuba menu ni..anak saya..bila tanya sedap ke..dia pun jawab ..boleh lah..boleh lah..




Sumber : Yana
Original: Zai95@Myresepi
Tester : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com



Bahan-bahan: ( 4-5 orang )
5-6 ketul ayam - bersihkan
1 biji bawang besar - separuh bahagian ditumbuk, separuh bahagian dihiris
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 inci halia - tumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat masin
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
gula dan serbuk perasa
minyak untuk menumis
sedikit air


Cara-cara:
  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Goreng ayam hingga separuh masak.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar yang dihiris, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar yang dihiris. Bila agak garing, masukkan cili kisar, jintan manis, lada hitam, kicap manis dan kicap masin.
  4. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus tadi. Biarkan garing sedikit. Tunggu hingga terbit minyak.
  5. Masukkan sedikit air dan biar hingga mendidih. Kemudian bubuh garam, gula  dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Biarkan seketika hingga kuahnya menjadi agak pekat.
  7. Bila ayam dah lembut, tutupkan api. Hidangkan.



 Kengkawan kat luar sana tu..jangan lupa mencuba yer..


Resepi asal klik SINI..


Selamat Mencuba.