Friday, November 30, 2012

siakap goreng ala kadar



Salam di hari yang indah..semoga semua dalam keadaan sihat walafiat ye..dah fikirkan menu seterusnya..kalau belum jom layan ikan goreng siakap kosong..mula tu nak stim je ikan siakap ni, tapi memandangkan suami dan anak tak suka stim mengetim ni, batal la hasrat dihati...2 lawan 1..huhu..ibunya mengalah..tak mengapa lah..yang penting keluarga suka dan gembira dengan hidangan yang kita masak..tak gitu..kalau mereka tak makan membazir pulak no..eh banyak cerita pulak saya ni..jom intai resepinya..



Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap - sederhana - bersihkan dan tos
  • 1 biji tomato 
  • 1 ulas bawang putih tumbuk halus*
  • 1 ulas bawang merah tumbuk halus*
  • 1/2 inci halia tumbuk halus*
  •  garam/pati ayam tumix
  •  sedikit kacang panjang - bersihkan dan potong ikut suka 

Cara-cara:
  1. lumurkan ikan dengan bahan bertanda *, garam/pati ayam tumix dan perapkan selama 20 minit.
  2. gorengkan ikan hingga garing - kuning keperangan.
  3. Angkat toskan minyak. Ketepikan.



Bagi resepi sos kicap ni, saya ambik dari blog mybakingworkshop..tuan punya resepi minta diizinkan share kat sini ye..terima kasih..




Sumber : mybakingworkshop (evelyn Gemina)
Tester   : ibuayah-loveofmylife,blogspot.com


Bahan untuk sos kicap:
  • 8 biji limau nipis - saya guna 6 biji 
  • 10-15 biji cili padi*
  • 5 ulas bawang putih - saya guna 3 ulas *
  • 1 sudu kecil/teh garam*
  • 4 sudu besar/makan gula - saya kurangkan 2 sudu 
  • 10 sudu besar/makan kicap pekat manis - saya guna kicap manis ABC
  • 1/2 gelas air



Cara-cara:
  1. perahkan limau nipis ke dalam mangkuk dan buang bijinya.
  2. tumbuk lumat semua bahan bertanda* .
  3. didalam mangkuk masukkan bahan yang ditumbuk lumat tadi bersama air perahan jus limau, gula, kicap dan air. Kacau rata.
  4. sos kicap ni boleh dihidang dengan lauk-pauk yang lain (ikan goreng, colek mangga/betik/kedondong/nenas)



Kita makan buah tomato cicah sos kicap ni...saja mencuba..sedap..kalau nak intai resepi asal usulnya silakan terjah blog mybakingworkshop.


Selamat Mencuba.




Tuesday, November 27, 2012

kuey teow sup

Salam semua..tengah berehat ye..lagi-lagi tengah hujan kan..sejuk..kita pula baru je lepas makan malam..menunya kuey teow sup..ni favourite anak saya..bab-bab mee hanya kuey teow je yang boleh lalu tekak dia.. hanya kita berdua je yang melayan kuey teow ni..bapa dia nak makan nasi..biasa la tekak kita orang malaysia kan..nasi tak leh tinggal punya.. resepinya banyak tak tau mana satu nak ikut..setelah dipertimbangan apa bahan yang digunakan maka dengan ini saya mengistiharkan..hehe macam raya pulak ye..resepi ni saya ambik dari blog AMIE'S LITTLE KITCHEN..tuan punya resepi saya mohon izin share kat sini ye..makasih..jomlah ikut saya..kita skodeng resepinya..


Sumber : Amie's Little Kitchen
Tester   : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com

                          



Bahan-bahan:
  • 2 cawan kuey teow -bilas dan toskan - saya guna separuh paket (boleh 2-3org makan)
  • 6 biji bebola daging - tak de (tukar fish cake mushroom)
  • 2 ulas bawang putih - pukul
  • 2cm halia - hiris nipis
  • 1 sudu serbuk pati ayam - saya guna jenama tumix
  • 2 cawan air




Cara-cara:
  1. Didihkan air dan masukkan halia, bawang putih dan fish cake. Biarkan seketika.
  2. Masukkan kuey teow dan serbuk pati ayam tumix. Jangan biarkan terlalu lama nanti lembik.
  3. Tutupkan api.
  4. Angkat dan hidangkan (masa nak makan boleh lah taburkan daun sup, daun bawang, bawang goreng)




Kalau suka cili banyak, bubuhlah banyak mana yang anda nak..hehe..jangan sampai kuar asap dari telinga sudah..macam saya, suka daun sup dan cili..bawang goreng gak..tepuk dada tanya selera dok..



Kalau nak resepi yang asal boleh la terjah blog Sumber: Amie's Little Kitchen

Selamat Mencuba....

asam pedas ikan campur

Salam semua..hari ni lewat masukkan entri..ingatkan bila dah siap masak nak buat entri dulu..tapi ada hal yang tak dapat dielakkan..tangguh dulu la..pagi tadi dok pusing bongkar peti sejuk apa isi kat dalam. Setelah ku tilik, eh ada daun kesum, serai, ikan kerisi, ikan kembong...apalagi trus bw jalan-jalan cari resepi..akhirnya, hati berkenan kat asam pedas ikan campur-campur Mat Gebu.. inilah menu tengahari saya...asam pedas ikan campur..jom kita memasak..

Saya mohon izin kongsikan resepi kat sini ye cik Mat Gebu..Makasih.




                                                          asam pedas ikan campur



Bahan-bahan:

  • 6 ekor ikan campur (saya guna ikan kembong dan ikan keisi)
  • 8 batang bendi muda - tak de (ganti kacang panjang)
  • 2 biji tomato potong 3
  • 1 genggam daun kesom
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 1/2 senduk nasi cili kisar
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 cawan air asam jawa
  • Sedikit Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya - bergantung kepekatan yang dikehendaki
  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar Halus:

  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup



Cara-cara:

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Kacang panjang dicuci, tos dan dipotong ikut suka. Tomato cuci dan potong 3 bahgian setiap satu. Ketepikan.
  3. Sementara itu, panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris tadi.
  4. Setelah tu, masukkan bahan yang dikisar halus dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
  5. Tuangkan air secukupnya (ikut kepekatan yang dikehendaki) kacau rata dan biar sampai mendidih. Masukkan kacang panjang, tomato dan ikan campur.
  6. Masak sekejap, tuangkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa juga serbuk lada hitam. Kacau perlahan.
  7. Akhir sekali masukkan tomato biar dalam 1 minit kemudian tutup api.
  8. Angkat dan hidangkan. Sedap dimakan semasa panas.



Resepi ni memang sedap dan ringkas..kerjanya pun mudah je..Korang kat luar sana silalah mencuba..


Friday, November 23, 2012

mee goreng udang

Salam pagi jumaat..bersua kita dalam laman blog ni..syukur pada Allah kita masih diberi kesihatan dan kesempatan bernafas di bumi Allah yang indah ini...hari ni sarapan kita anak-beranak mee goreng udang basah...suami suka sangat makan mee goreng..tak kisah la mee goreng mamak ke..mee goreng kicap ke..yang penting mee goreng..memang layan punya..kalau setiap pagi makan mee goreng pun suami tak bosan..saya tak pening fikir menu pagi..masak mee apa je..mesti ngap..punya..jom tengok mee goreng udang yang saya masak pagi ini..

Resepi ni saya ambik dari blog Sky Blue Kitchen's...Minta laluan share kat sini ye..makasih..





Bahan-bahan:
  • 1 paket mee kuning
  • 2 ulas bawang merah - dicincang
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 biji telur - tak letak
  • 2 biji cili padi - tumbuk - saya potong halus
  • 1 sk perencah tumix
  • 1 sk sos ikan thai
  • segenggam udang kering direndam air panas - tak de (saya guna udang segar)
  • sedikit kicap manis - saya guna kicap manis ABC
  • sedikit gula
  • garam - saya tak letak
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit air
  • daun sup untuk tabur


Cara-cara:
  1. Basuh mee kuning dan toskan.
  2. Panaskan kuali, bubuh sedikit minyak masak dan tumiskan bawang puith, bawang merah, cili padi goreng sehingga garing atau sehingga kuning perang.
  3. Masukkan udang dan sedikit gula. Gaul rata.
  4. Masukkan mee kuning dan sedikit air. Gaulkan sehingga semua bahan sebati.
  5. Masukkan pati ayam tumix, sos ikan thai dan sedikit gula.
  6. Angkat dan hidangkan.

*Kalau mee terasa kering cuma tambah sedikit air*








Sedapkan..kalau nak tengok resepi asal boleh la jenguk kat Sky Blue Kitchen's..


Selamat Mencuba.




 

 

Thursday, November 22, 2012

Bubur Ayam Hati Ayam

Salam hari khamis..bila pandang ke luar tingkap matahari bersinar indah, cerah dan berawan..semoga hari ni dan hari-hari seterusnya  indah buat kita semua..Amin...Alhamdulillah anak dah beransur pulih..demam, batuk & selesema  3+1  dan berkurang..malam ni boleh lah tido lena sikit..dah 3 hari berjaga malam bersengkang mata..takut demam naik tinggi pulak..anak saya bila sakit ha dimintaknya benda-benda yang tak ada dalam menu seharian dia..hari tu nak makan roti canai cicah nenas..hari ni pulak nak makan bubur ayam..bubur ayam ni boleh dikategorikan breaklunch la..breakfast + lunch.. nak makan masa breakfast pun boleh, nak makan masa lunch pun boleh gak..bubur bukan untuk orang sakit je tau..yang sihat tubuh badan atau yang nak diet lagi la ok..apakata kita tinjau kat bawah dulu..





Bahan-bahan:

  • 1liter air rebusan ayam
  • 1 cawan beras - ( 250ml)
  • 2 sudu teh sos ikan - boleh ganti sos tiram
  • 3 ulas bawang merah - dihiris halus
  • 1 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 1 batang serai - dihiris halus
  • 1/2 inci halia - dihiris halus
  • segenggam isi ayam - hiris 
  • segenggam daging lembu -hiris halus - tak de tukar hati ayam
  • Sedikit udang kering saya tumbuk halus - tabur
  • Sedikit cili buang biji 
  • Garam dan gula

*bahan alternatif - b/goreng, kacang pis, lobak merah, d/bawang, d/sup - boleh letak jika suka



Cara-cara:

  1. Bersihkan beras dan toskan.
  2. Rebus beras dan air rebusan ayam hingga menjadi bubur.
  3. Masukkan halia, bawang putih, bawang merah dan serai. Gaul  hingga sebati.
  4. Setelah itu masukkan pula isi ayam dan hati ayam.
  5. Akhir sekali masukkan bahan perasa. Garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan hidangkan. Makan bubur semasa ia masih panas lagi sedap.





bubur ayam tabur udang kering 



Bubur ayam sesuai di makan tak kira pagi, petang ataupun malam..


Selamat Mencuba..



Tuesday, November 20, 2012

Siakap gulai kuning


Salam, ada yang lunch lewat ke?..kalau ada boleh lah ikut saya masak kuning.. sebenarnya ni masak tengahari tadi lewat postkan..entri kali ni masak ikan ...biasanya saya masak ayam je..kali ni nak cuba masak ikan pulak.siakap gulai kuning...nak tau kena la ikut saya ke dapur..resepi ni saya ambik kat blog " Dari Dapur Kecilku"..Cik sally izinkan saya paparkan resepi kat sini ye..makasih..





Bahan-bahan:

  • 1 ekor Siakap saiz sederhana
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1/2 biji buah keras*
  • 2 batang serai 
  • 1/2 inci halia*
  • 5 tangkai cili api* - boleh kurangkan jika tak nak pedas
  • 2 sk serbuk kunyit
  • 4 keping lengkuas dihiris nipis*
  • 6 potong nenas - tak de ganti asam keping/gelugor
  • garam secukup rasa



Cara-cara:

  1. Tumbuk lumat semua bahan yang bertanda *.
  2. Panaskan periuk guna api sederhana.
  3. Masukkan santan diikuti dengan bahan yang ditumbuk tadi.
  4. Masukkan serbuk kunyit.
  5. Serai dititik/ketuk dan masukkakn ke dalam santan.
  6. Kacau santan sehingga mendidih.
  7. Sentiasa kacau santan supaya tidak pecah.
  8. Masukkan garam secukup rasa.
  9. Bila ikan dah masakbolehlah hidangkan.



Amacam..senangkan..terima kasih pada yang empunya resepi..Cik Sally..you ouls kat luar sana sila la cuba.

Petua dapur part 4

Sumber : Khairun Nisa Ishak (MW)


PISAU DAPUR BERKILAT DAN TAJAM
Ambil beberapa biji limau kerisik dan belah dua. Gosokkan limau tersebut pada pisau dapur yang telah tumpul dan bersihkan. Pisau anda akan kelihatan berkilat dan lebih tajam.



HILANGKAN MINYAK LEMAK HAIWAN
Menghilangkan lemak haiwan pada pinggan mangkuk dan alatan yang digunakan memang agak sukar, terutamanya lemak sup tulang dan kari kambing. Bagi mengatasi masalah ini, tuang atau rendam pinggan mangkuk dan semua alatan yang digunakan dengan air panas. Selepas itu bolehlah dicuci dengan pencuci pinggan mangkuk seperti biasa. Selamat mencuba.

Monday, November 19, 2012

Petua Dapur part 3

Sumber: Khairun Nisa Ishak (MW)


HILANGKAN BAU PETAI
Buah petai enak dibuat ulam samada dimakan mentah atau dicelur terlebih dahulu. Tetapi, ramai yang tidak tahan dengan baunya. Untuk menghilangkan bau petai yang kuat, rendamkan petai dalam air basuhan beras selama setengah jam. Selepas itu bolehlah dihidangkan atau dimasak..Selamat Mencuba.



SAYUR LEBIH BERSIH
Sayur yang tidak dimakan ulat mengandungi racun serangga yang banyak..Pastikan sayur anda bebas racun serangga..Untuk memastikan sayur lebih bersih dan bebas dari racun serangga, basuh sayur dengan merendam sebentar sayur dalam bekas berisi air yang dicampurkan dengan garam..Biarkan seketika dan bilas dengan air bersih..Insya-Allah, sayur akan lebih bersih dan bebas dari racun serangga.




nasi goreng tomato express

Salam, pagi isnin yang mendung sepoi-sepoi ni mesti ada yang tido lagi kan..cuaca sejuk katakan..mata pun redup gak ye..tak pe..tak pe..bila dah bangun nanti boleh la masak nasi goreng tomato express ni..jomlah kita siapkan bahan-bahannya..



                                                         inilah hasilnya


Bahan-bahan:

  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji telur ayam
  • 1sk pati ayam / garam
  • 3sb sos tomato
  • daun bawang/daun sup - tak letak pun tak pe
  • cili padi - tabur
  • tomato hiasan
  • minyak untuk menggoreng




Cara-cara:

  1. Panaskan minyak untuk menumis bawang putih.
  2. masukkan telur goreng selama 2minit. Telur biar berketul kasar (halus sangat tak cantik).
  3. Masukkan sos tomato, pati ayam/garam diikuti dengan nasi putih kacau sehingga sebati.
  4. Selepas masak, bolehlah dihidangkan.




Note: kalau nak letak ayam, sotong, udang boleh gak..ikut suka hati..nasi goreng tomato ni boleh campur apa-apa je..yang penting tekak boleh terima..Selamat Mencuba...

Sunday, November 18, 2012

Ayam Panggang Rosemary Sos Lada Hitam

Salam, sihat ke semua..Alhamdulillah..sebenarnya ayam panggang ni masak tengahari tadi, tak sempat nak post..semalam teringin nak makan ayam panggang tak sempat buat..semuanya tak sempat je ye..berbagai alasan..huhu..sibuk dgn malas sekali la..hehe..nak makan makanan ala barat pulak tu..eh apasal selera orang putih pulak ye..tengah tengah sejuk ni boleh la layan ayam panggang..yum..yum..dengan sos lada hitam pekatnya..wuhh tak sabar nak makan..jomlah ikut saya ke dapur..

kita masak.. 


Resepi  : Jamie Oliver
Sumber : SriRasa Bidara (Khairiah Khaizu)
Tester   :  ibuayah-loveofmylife.blogspot.com



Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam - dibelah 4 - saya potong kecil
  • 5 ulas bawang putih - direbus
  • 1 inci halia - disagat - tak letak
  • 1 1/2 sudu besar rosemary kering
  • 2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
  • 2 sudu besar madu
  • 3 sudu besar gula perang
  • 2 kiub ayam
  • 2 biji lemon - hiris - tak letak
  • 4 sudu besar olive oil - tak de guna minyak jagung
  • Garam
  • Timun untuk hiasan


Cara-cara:
  1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
  2. Campurkan semua bahan dengan minyak jagung. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang. 
  3. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak.
  4. Hidang bersama salad dan sos lada hitam.

 


Homemade Sos Lada Hitam( Cara Ros)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Tester             : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com


 Bahan Untuk Sos:
  • 1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis*
  • 3 sudu kecil serbuk lada hitam*
  • 2 inci halia* - tak letak
  • 1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)* - tak letak
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 kiub pati ayam maggi* - saya guna 2sb
  • 2 sudu besar gula - tak letak
  • beberapa titik minyak bijan ( ni kalau tak nak letak pun takpe) - tak de guna butter 1sk
  • 1/2 gelas air
  • sedikit bancuhan tepung jagung


Cara Penyediaan Sos:
  1. Kisar semua bahan yang bertanda *( saya tumbuk je) dengan 1/2 cawan air hingga hancur.
  2. Guna api sederhana.
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk, pati ayam dan air ke dalam periuk, masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan pula butter. Untuk memekatkan kuah, masukan bancuhan tepung jagung, kacau selalu agar tidak berketul.
  4. Setelah likat, padamkan api. 
  5. Bolehlah dihidangkan bersama ayam panggang tadi.

Suami suka makan roti dengan sos ni..anak pulak makan nasi dengan sos ni..saya pulak tentulah dengan ayam panggang..sedap..masing-masing punya selera la..
Terima kasih yang empunya resepi memang sedap..cuba jangan tak cuba..Selamat Mencuba.






Sunday, November 11, 2012

Petua Dapur 2

Sumber: HM - Faizatul Farlin Farush Khan

Mengenal Pasti Sayur Yang Segar

  • Jika ingin membeli sayur contohnya bendi, pastikan hujungnya tidak keras. Kalau buah tomato pula, pastikan tidak terlalu berwarna oren bagi memastikan jangka hayatnya lebih panjang ketika disimpan di rumah.
Mencantikkan Rupa Sayur

  • Rebus sayur dalam air yang dicampurkan sedikit minyak masak sebelum dihidangkan. Minyak tadi akan menyebabkan sayur nampak cantik, berkilat dan menyelerakan.

Menghilangkan Pahit Peria

  • Peria dibuang bijinya, potong ikut suka dan cuci bersih. 
  • Peria yang telah dipotong itu direndam dalam dlam larutan air garam( satu sudu) dan biarkan selama 15minit hingga 25minit bagi mengeluarkan air peria yang pahit. 
  • Selepas itu, cuci peria hingga bersih bagi membuang garam pada peria. 
  • Rebus peria selama 5minit, angkat dan toskan..bolehlah dimasak mengikut selera masing-masing.

Kekalkan Kesegaran Taugeh
  • taugeh direndam dalam air dan lebih elok lagi sekiranya dititiskan sedikit perahan limau

Kekalkan Kesegaran Bendi
  • Rebus kacang bendi tanpa memotongnya dalam tempoh singkat dalam air yang dicampur dengan satu sudu minyak masak. Cara ini memastikan bendi tahan lama dan tidak berlendir.




Friday, November 9, 2012

pulut mangga

Salam semua..ada yang tido ke..al maklum la sekarang ni kan musim hujan..jadi semua rasa mengantuk ye...tempat saya ni dah seminggu rasanya hujan turun sebelah petang..hujan-hujan macam ni nak buat kejo pun malas..jangan kan kejo nak makan pun malas.. idea masak pulut ni datang tiba-tiba je..dua hari lepas niat dihati nak masak pulut untuk adik yang nak datang umah..tapi tak sempat la pulak..ni pun anak pesan..ibu nak makan pulut boleh..apalagi ke dapur la jawabnya..jom kita masak..cara masak pulut ni ringkas je..


Sumber: Majalah Wanita
Tester  : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com


Bahan-bahan:

1/2 kg beras pulut - saya guna beras pulut susu Faiza
2 cawan santan
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
2 biji mangga masak 
2 sudu teh tepung jagung


Cara membuat:
  1. Rendam pulut semalaman-beras pulut Faiza hanya rendam 2-3jam. Kukus pulut  tersebut selama 25minit.
  2. Sementara itu panaskan santan, gula dan garam dengan api sederhana hingga mendidih (pastikan santan sentiasa dikacau supaya tidak pecah).
  3. Setelah itu asingkan santan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan tepung jagung dan dikacau hingga sebati. Satu bahagian lagi dimasukkan ke dalam pulut   dan biarkan selama 10 minit.
  4. Hidangkan pulut dengan santan dan juga mangga.


Note :  Ada yang suka makan pulut dengan serunding daging atau sambal kelapa.
      
            Cicah dengan apa pun boleh..Ikut selera tekak masing-masing..Selamat mencuba
           


Tuesday, November 6, 2012

homemade aiskrim express


Salam semua..ha tu dia..hujan hujan ni makan aiskrim..hehehe..aiskrim express..napa saya gelar express..sebabnya..aiskrim tu tak beku lagi..baru 2jam dalam peti ais..dah di ngap..ngap..tak nak sejuk sangat..sekadar melepaskan geram je..tak de la..saje tak nak beku sangat sebab nak buat ubat je..aiskrim pun boleh jadi ubat gak ye..alasan ni..tak pe..dah dapat lampu hijau daripada doktor pun..ni tengah demam dan sakit tekak.. doktor kata boleh makan benda sejuk untuk redakan bengkak kat tekak tapi jangan pulak ter"over dose"..tau tau je doktor ni saya suka makan aiskrim ye..dapat makan sikit pun jadilah..boleh percaya ke..he..he..tengah badan tak sihat ni  malas la pulak nak buat kerja.. saya cari la resepi serba ringkas..tot..tot..terjumpa la resepi ni dari blog my1981-storyofmylife minta laluan saya kongsikan resepi kat sini ye..makasih.


Sumber  :  Jom Masak
Tester    :  ibuayah-loveofmylife.blogspot.com


Bahan-bahannya:
  • 1/2 cwn fresh cream*
  • 1/4 cwn susu pekat - saya guna 1/2 cwn*
  • 1/2 cwn susu cair - saya guna susu segar (fresh milk)*
  • 1/4 cwn air masak*
  • 1 sudu ovalette - jgn terlebih sukatan*
  •  perisa moccha - saya guna 3sb serbuk koko van houten*
  •  kacang tanah kisar - saya guna chocolate rice


Cara-caranya:
  1. Satukan kesemua bahan yang bertanda * dan pukul hingga kembang dan gebu.
  2. Tuang kedalam bekas - taburkan kacang tanah dan bekukan didalam peti sejuk - saya tak tabur kacang.
  3. Setelah aiskrim beku bolehlah dinikmati - Masa nak makan aiskrim barulah saya taburkan chocolate  rice..

sotong sumbat versi kelantan

Salam semua..semoga sihat sejahtera hendaknya..ni ha..semalam suami dok tanya bila nak buat sotong sumbat..jadinya saya pun cari la resepi yang senang nak ikut..ala ala mudah dan ringkas tu..bw..bw..jumpa la dengan Mesra.net Recipe ni..minta izin kongsi resepi kat sini ye.. masa untuk selongkar dapur..yes..yes.. bahan-bahan yang diperlukan ada kat dapur..apalagi jom kita masak..Ha..ni la hasilnya..tak comei macam orang lain buat..



                             sotong sumbat ku

Sumber : Mesra.net Recipe ( Suzie )
Tester   : ibuayah-loveofmylife.blogspot.com



Bahan-bahan:
  • 1 kilo sotong
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 cawan santan ( sederhana pekat)
  • 1 cawan gula - saya bubuh 5sudu ( secukup rasa)
  • sedikit (secubit)  garam
  • daun pandan



Cara-cara:
  1. Bersihkan sotong
  2. masukkan beras pulut yang telah direndam dengan santan pekat kedalam badan sotong (1/3 bahagian sotong) kemudian gunakan kepala sotong sebagai penutup (pin gunakan lidi).
  3. masukkan sotong kedalam periuk yang telah diletakkan santan, gula melaka, gula dan garam.
  4. masukkan daun pandan.
  5. masak sehingga kuahnya menjadi pekat (gunakan api sederhana).
  6. Angkat dan bolehlah dihidangkan.

Jangan lupa mencuba resepi ni..sambung pada entri akan datang..

Thursday, November 1, 2012

Kek Coklat Kukus Chef Hanieliza

Salam semua..hari ni saya buat kek coklat kukus..tentu ramai yang suka coklat kan..saya pun suka gak..ni pertama kali cuba buat kek coklat kukus..hasilnya tak la cantik sangat macam orang lain buat..tapi kek coklat kukus ni memang mudah dan cepat..jimat kos, masa dan tenaga.wah..promosi pulak ye..tak de la..sebab fikirkan anak yang suka sangat makan kek coklat..saya pun rajinkan diri ke dapur..resepi ni saya dapat dari blog Seharum Kasturi..jangan tak cuba..rugi..macam anak saya kata..rugi tak makan..memang sedap..makasih Cher Hanieliza resepi the best..

kek coklat ni memang senang nak buat..yang penting bahan yang digunakan tak la mahal sangat..bak kata orang pek ekonomi gitu...tak gitu.. 

                                                   inilah hasilnya..


Sumber:Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza ( blog: Seharum Kasturi)
Tester:  ibuayah-loveofmylife.blogspot.com


 Bahan A:
1 cawan susu cair - saya guna susu UHT Full cream
1 cawan air - masak
1 cawan mentega cair - saya guna minyak masak
2 cawan gula perang

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko - serbuk koko van houten
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C:
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla


Untuk Krim Coklat:
1 cawan susu pekat - saya guna 3/4 cawan
2 sudu makan mentega


Cara Membuat Kek:

  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
  2. Kacau semua bahan A dalam mangkuk besar sehingga sebati.
  3. Ayak bahan B ke dalam mangkuk berisi bahan A tadi. Kacu rata.
  4. Bahan C dipukul dengan garpu secara perlahan dan masukkan kedalam mangkuk berisi bahan A & bahan B. Kacau lagi supaya sebati.
  5. Lapik loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan kek.
  6. Kukuskan selama 1jam dengan api sederhana (supaya kek tak pecah)
  7. Hiaskan dengan krim coklat..saya suka makan kek bila dah sejuk..terpulang selera masing-masing..


Cara Membuat Krim Coklat:
  1. Masukkan susu pekat & serbuk koko kedalam periuk. Kacau rata.
  2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan mentega  & kacau rata.
  4. Tutup api & kacau krim coklat sehingga sebati.
Sejukkan sekejap & tuangkan diatas kek..



           saje je tabur cheese ..anak nak..kalau tak suka tabur coklat rice je..


Selamat mencuba..memang berbaloi..baloi...